30/01/2011

kanak-kanak zaman sekarang

Ouhhhhh sekarang musim hujan,ouhhhh sangat lah sejuk, mood pun dah tak tentu arah tak tau lah bole sampai ke johor atau tidak, kalau tak I kena beli ticket sampan pulak lepas ni. HAHAHA

Okeyyy tadi I online facebook,facebook pun makin lama makin tak best,okey cerita pasal facebook I ade nak cerita sesuatu,ouhhh bukan nak menggumpat ekhhh tapi nak kongsi perasaan,

Okeyyy macam ni budak ni memang lah tak menggangu hidup I tapi dia menggangu kawasan home facebook I,okeyyy budak ni pun I tak kenal sebenarnya,so bari-baru ni lah I baru nak tengok page dia,umur dia, ouhhh kanak-kanak rupanya memang lah sangat tak matang,

Okey ni antara I print status-status dia, bosan kan? Dalam masa beberapa minit nak naik status,status pasal orang putus cinta pulak tu, adek awak tu baru je umur 15 tahun, SPM pun tak lepas lagi.

dan ni pun satu lagi,kononnya hubungan mereka di gangu oleh org lain.

Kadang-kadang kelakarkan? Mungkin diorang menganggap percintaan pertama tu akan membawa ke jinjang pelamin,tapi masalahnya terlalu awal nak bercinta, nanti dah masuk alam remaja berapa kali tukarlah,

So I tak terlintas sedikit pun nak mengata die, tapi I pelik lah budak sekarang awalnya bercinta,masa I makan mcd haritu pun ada satu pasangan pakai baju sekolah makan mcd, I nak makan mcd pun mak bapak tanggung,dorang boleh siap belanja awek makan mcd lagi. Perghhhhhhh HAHAHA

29/01/2011

jalan penyelesaian sebarang masalah ;)

kepada siapa yang membaca sila sama-sama tadah tangan, I nak doa ni ;)

“Ya Allah jangan lah johor banjir,lepaskan lah sumaiyah balik dulu” amin ;D

Sekarang musim hujan,mana-mana pun hujan,kesian pada siapa yang basuh baju asyik tak kering je, saya tak pe saya tak basuh baju. HAHAHA

Semalam moody nak marah-marah je, harini so far okey lah dapat keluar jalan-jalan first pergi jumpa kak emy I yang dah berabad tak ketemu,kitaorang jumpa di kuantan parade, ingat kluang je ade parade-parade? HAHA

thanks to kak emy sebab belanja pizza ;D I love you so much

lepas kak emy dah balik I ke mega mall dengan roommate sejati, sangat lah best gila,rambang mata sebab banyak gila sale, sebelum berjalan-jalan saya teman mereka makan dulu dekat mcd,ouhhh saya hanya meneman ye,tak makan pun *percaya ke? HAHA

see siapa yang makan?kawan-kawan I kan? huhu

biar lah muka I tak penuh pun,sebab kawan I yang comel dah nak memenuhi gambar ni.

and benda yang paling best I dapat lepaskan segala apa yang terpendam selama nie,I dapat hasil hari nie HAHA okeyyy I harap ni lah kali terakhir I bershopping, I nak pasang azam baru ni, tak nak membazir lagi sem ni, ;P
sila ke pasarraya yang berhampiran,sale bagai nak gila ;)

28/01/2011

wahai pihak pengurusan jadual, faham lah saya ;(

okey sekarang saya memang betul-betul sedang kecewa, bukan masalah cinta ke ape, tak ade makna nak kecewa dengan cinta lagi, saya sangat kecewa dengan undang-undang serta peraturan jadual yang telah pun ditetapkan,

saya adalah salah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang agak memalukan diri sendiri, ni lah akibat banyak berfoya-foya sewaktu kawan-kawan bertungkus lumus belajar,

ouhhhh sumaiyah bila nak berubah tiap-tiap sem jadual peribadi tak penah nak ikut sekadar buat saja, apa nak jadi? ;( *saya memang pemalas,

so setelah malas saya telah mendapat keputusan yang teruk, dan akan bertambah subject lagi banyak.

heyyyy dah gila ke ape peraturan nak padatkan lagi jadual semesta,biasa cuti sem yang akan datang menjelma ni lama tau, tapi ianya akan berubah menjadi sebulan, panas hati wehhhhhh!

see my jadual! siap ade clash lagi, adakah saya akan tinggalkan barang separuh-separuh di kelas dan kemudian akan masuk bergilir-gilir setiap setengah jam, kalau boleh alangkah indahnya ;) ye la da save time dekat situ. HAHA

so sem ni akan menambahkan lagi tahap gila yang baru nak menjadi baru-baru ni, ouhhhhh alangkah indahnya bila my mum berkata "kakak you can back home,tak payah sambung lagi dah semesta ni" indah kan? lepas tu nak jadi ape? belajar pun malas, anyone can suggest me for ubat M A L A S, i repeat ubat malas bukan ubat kurus! ;)

27/01/2011

saya cakap saya nak jugak macam mane?

hari dah malam mood pun dah suram taip pun dah suam-suam je. HUHU tadi hang out with cik sayang,pegi makan mcdonald mula-mula dah beratur dekat kfc lepas tu cik sayang pegi toleh belakang so nampak mcd terus tak jadi makan dekat kfc,alhamdulillah ya Allah sebab pandangkan cik sayang ke belakang, HAHAHA sebab i tak suka makan kfc, i lebih suka mcd ;D tapi nak cakap malas nanti takut cik sayang kempunan pulak. HUHU

so after makan-makan and borak-borak terus pegi main game sementara menunggu waktu masuk wayang, HAHA main game sume i bagi dia menang,sebab bila dia kalah nanti mood die lain macam. HAHA (alasan orang tak tau main game)

so tadi i tengok cerita faster! walaupun ketinggalan zaman ouh i sangat tak menyesal okey,cerita tu sangat lah best! ;)

bila bergembira tak semestinya sepanjang masa gembira lah kan? sedih ouhhh bila siang suka sama suka malam ada pula saat berduka ;(

youall pernah tak rasa bila apa yang youall nak buat tak dapat and dilarang,huhhh perlukah ikut kata hati? tapi akan menyakiti hati org lain? betul ke cara i?

26/01/2011

johor-melaka-kuantan ;)

mula-mula nak update belog semalam lepas tu penat lelah berjalan menghilangkan duit rindu dekat kluang yang bakal ditinggalkan untuk beberapa hari sebab nanti balik lagi raya cina haihhhhh ni lah sumaiyah raya sendiri dah tentu-tentu balik raya orang lain pun sebok nak balik jugak.

so semalam plan punya lah berderet last-last separuh je yang menjadi, mula-mula plan nak ziarah pusara arwah atok lepas tu tak jadi sebab cuaca tak mengizin kan so i skip dulu and insyaAllah akan dilakukan pada cuti yang seterusnya.

seterusnya plan nak pegi bandar hanya untuk melapor diri yang i dah pun tamat kan pekerjaan, so pagi-pagi lagi dah bangun nak kemas barang-barang get ready nak balik kuantan sebab kalau i tak kemas barang kemungkinan besar mak i tak bagi keluar atas alasan nanti lambat nak balik melaka ye la i naik bas dari melaka sebab johor bas takde pegi kuantan.

so gigih berkemas ala bukan banyak barang pun nak kecoh setaman ;D

and after siap-siap i ke kluang mall,sampai-sampai cari kedai roti sebab no breakfirst dekat rumah. HAHAHAHA kang lambat makan sakit perut pulak hahaha alasan semata-mata,cakap je kuat makan ape la salahnye. HAHA

makan dua je roti sebab masa nak ambik banyak-banyak tu tiba-tiba ada sorang mamat masuk and pandang-pandang so dalam hati i dah berkata-kata mesti mamat ni kutuk i kuat makan so terpaksa batalkan niat nak ambil bun chicken floss tu. HAHA

lepas dah makan and dah mampu untuk bergerak I pun terus masuk pacific nak hantar name card then terjumpa lah teman-teman sekerja

ni adalah teman makan bersama serta teman meluah kan perasaan pada customer yang banyak ragam

ni pulak teman sebelit bahasa melayu, hari-hari aku kena betulkan bahasa dia, haha

and yang ni pulak teman mengangkat barang-barang stor. HAHA (boyfriend cakap gambar ni tak patut wujud) HAHA dengan apek pun nak jelos ke?

so lepas habis beramah mesra beli barang sikit and terus bayar.*kalau boleh terus bawak balik kan best ;D
jup ekhhh dik akak cari duit akak ni mana tah,kalau tak cukup akak tinggal no phone boleh tak? HAHA
lepas dah selasai semua agenda terus i balik melaka and tido dekat sana satu hari.
and sekarang telah pun berada di negeri mak mentua. HAHA kuantan darul makmur,lepas ni mesti i selalu rindu dekat rumah,
rindu nak tidur lasak-lasak dekat katil i
and bermula lah kehidupan single, ;( tak apa lah niat datang sini nak belajar kan?so mengeluh kenapa?berdosa tahu? acehhhh nak sedap kan hati. HAHA
so apabila i dah ada dikuantan,macam-macam lah akan bermula i dah kena mula traning stdy balik,no more cuti dan perbanyakkan berdating. HAHA
so thanks pada cik sayang sebab pick up me tadi and chocolate diatas, awak memang sangat dengki dapat tau niat saya nak berdiet kan? huhhhh

19/01/2011

bukan guru saya ;)

I nie pandai cakap je tak pandai menaip, sebab tu lah belog I jarang update. HAHA tak lah sekarang sedang sibuk mengemas rumah,nak raya kan? Sebenarnye raya cina tak de kena mengena pun, kalau tak raya tak kemas rumah ke? tipu lah kan? HUHU

sekarang tengah sibuk mengira hari untuk berjumpa cik sayang menamatkan kontrak dengan fair di sebuah shopping complex dekat kluang HUHU I part time dekat situ, ouhhhh kerjanya sangat memenatkan okey?can’t imagin kalau I dah kahwin lepas tu kena keja full time sebegitu, bukan nak tinggi diri tapi ini semua pengalaman serta pengajaran, so mula lah berdoa supaya Allah dapat memudahkan semua kerja dimasa akan datang.

okeyyy cerita pasal kerja teringat pasal semalam, tengah sibuk-sibuk borak dengan kawan tiba-tiba lalu sekumpulan rombongan cik kiah cikgu sekolah,nak tau macam mana I tau yang tu cikgu sekolah?bukan dia cikgu sekolah I tapi dia cikgu sekolah membe I yang I sedang berborak nie,

so I yang bosan ni pun tiba-tiba nak buat satu kajian cehhhhhh HAHAHA

Bila cikgu tu lalu je I terus pegi salam and cakap

I : “cikguuuuuuu! kenal saya lagi?”

Cikgu : “ehhhh mesti kenallllll…….(padahal I bukan sekolah die pun die kenal dah rase famous dekat situ) kerja dekat sini ke sekarang”

I ; “haah tapi saya part time je lah masa fair ni,ni pun tengah cuti sem sekarang”

Cikgu : “ouhhhh belajar dekat mana?”

I : “kolej shahputra dekat kuantan”

Cikgu : “ouhhhh okeyyy lah tu,okey lah ye saja jalan-jalan ni, jumpa lagi ye”

padahal si cikgu takot kalau-kalau salah fakta yang kelua dari dia untuk i. HAHA

kami pun bersalaman,lepas tu apa lagi I pun gelak lah, see cikgu-cikgu nie ramai anak muridlah,tak semuanya die boleh ingat so ingat tak ingat pun die akan cakap ingat jugak taknak you all rasa kecewa sebab tak famous masa sekolah HAHAHAHA

*maaf cikgu,saya bersalah ;(

12/01/2011

sumaiyah ke aina?

nama apa sebenarnya? sumaiyah ke aina?

pertanyaan yang sampi I rase nak keja jaga kaunter pertanyaan je. HAHA bukan mengeluh tapi kadang-kadang sakit hati bila ada sesetengah orang yang menganggap saya tak terima nama saya SUMAIYAH ehh bersyukur tau nama saya sumaiyah and dengan aina tu sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan sumaiyah jangan nak reka-reka atau cuba mengaturkan aina di depan atau di belakang supaya menjadi aina sumaiyah atau pun sumaiyah aina. HAHA

so aina ni mengikut kisah silam keluarga saya ianya wujud dari muaz! ye muaz okey, yela masa I baru lahir muaz baru pandai cakap lebih kurang macam tu la kan, so bila semua orang tanya “muaz adek nama sapa?”die pun jawap “aina” mungkin pada masa tu hanya nama yang ringkas lagi bernas tu je yang die pandai sebut. HAHA

so sejak dari tu lah melekatnye nama aina ye la ayat orang biasa menyakat budak yang baru ade adek yang tak tau apa-apa kan ayat mesti tak lari dari

“adek nama ape?”

“ambik adek bawak balik eh?”

HAHA so aina dengan sumaiyah tu sama je, sebab kadang-kadang bila ada orang yang tak kenal melihat comment-comment i dengan org yang panggil i aina mesty dorg akan dengan tiba-tibanya naik IM I tanya nama sumaiyah ke aina? bila jawap sumaiyah je ade lagi soalan “sumaiyah je ke?tk de siti ke nur ke?” ade nur tapi dekat muka. HAHAHAHA

so tak ada sejarah apa-apa pun macam ahmad albab ke ape ke eh? cuma aina datang dari muaz je. HAHA

ni bukan satu sumaiyah satu aina tau, ni satu sumaiyah satu umairah HAHA
ada dua nama boleh ada dua kekasih ke?huhuhu ;) *tidak mungkin la.

two in one ;D

HAHA haihhhh sangat lah bosan dah lah dekat rumah sorang-sorang, nasib baik lah I part time, kalau tak mau bosan lah tiap-tiap hari,abg dah macam nak tuka alamat dekat sintok,adek tk reti-reti cuti HAHA so I je lah sorang-sorang

kadang-kadang sorang-sorang dekat rumah best sebab tiba-tiba rase macam jadi anak tunggal ye lah sorang kan,nak apa je boleh. HAHA nak buger, nak mcdonald, nak kek, HAHA dah lah gemok, lepas tu bising gemok la tu la ni lah padahal sendiri makan.

kepada si anak-anak tunggal you all tak bosan ke? huuu even I selalu je shopping sorang-sorang sampai semua orang tengok I and ingat tak de orang nak kawan dengan i. HAHAHA tapi bosan tau, beli baju ke kasut ke balik rumah taka de orang puji cantik ke ape ke, ye lah kalau adek I ade kat rumah kan kalau I beli ape-ape die lah yang paling suka, sebab lepas I dah pakai sekali die pun akan dengan rasminya pakai sekali.

*

*

*

*

dah habis tau cerita pasal bosan. HAHA nak masuk entry lain boleh?

huuu suka-suka je kan nak topic tuka-tuka sebab tiba-tiba teringat pasal tadi ;

kadang-kadang kan i tak faham sangat kenapa ade sesetengah lelaki nie gatal tahap yang melampaui batas sampai kan tengah dokong anak pun boleh kenyit mata dekat i.

kalau I jadi wife die lah kan sumpah kecewa sampai nak bunuh diri,yelah tengah jalan dengan bini pun boleh mengatal so no wonder lah dekat lua die ade spare part kan?

kenyit mata sampi tak boleh bukak pun I tak kan kenyit balik la dekat you lah! anak you kalau dah faham apa maksud kenyit mate I rasa masa tu jugak die lempang tau tak.

haihhhh dunia-dunia,

emosi pulak, bukan apa kesian sama isteri die tau, ishhhh3

*maaf sebab entry yang serabut dengan dua cerita dalam satu masa. HAHAHA

10/01/2011

bila bunga dipetik orang ;(

hyeeee lama tak update belog kan? mouse anak sedara I dah rosakkan lah, sebab tu I dah jarang online guna laptop. HAHA macam nak taip guna mouse je kan? bukan ape, guna mouse lebih memuaskan hati yang sedang kecewa nie,

I sangat-sangat kecewa sebab hari-hari I jumpa die, tapi hari nie lalu dah takde, if sape baca post last I die tau I ade minat dekat satu beg BUM warna pink ni, macam org dah jatuh cinta lah katakan hari-hari lalu I pandang beg tu, tapi hari nie lalu dah tkde, ingat kan tuka tempat display ke, I pun tanya promoter tu

“amoi itu beg BUM I mana?”

“ouhhhh itu arrrrr tadi malam ade satu malay datang beli la, I ingat you tak mau,tak apaaa la,you tunggu I try oder untuk you,mau tak”

huhhh kalau dah ade orang pakai beg sama macam I tak nak lah I beli lagi dah, I tak pernah sedih macam ni,frust putus cinta pun biasa-biasa je,tkde lah sampi malas nak makan,malas nak mandi,hati mencucuk-cucuk.

amoi tu pun satu,hari-hari I lalu situ sanggup pusing jauh-jauh sebab nak tengok beg tu mesti lah I nak, lagi pegi jual sedihhhhh tau.

sekarang tu lah masalah yang sentiasa membuatkan I jadi tak tentu arah, I nie bukan senang nak jatuh cinta dengan orang barang, so dah jatuh cinta tu mesti nak betul-betul bila tak dapat uhhhh frust.

apa-apa pun setiap yang jadi semua ada hikmah.

05/01/2011

dah nak dapat gelaran si GEMOK ;(

ade sape-sape yang boleh suggest saya macam mana nak kurus?
sebelum
selepas
lihat sendirilah ye ;( sedih sangat-sangat, uhhhhh macam-macam cara dah cube, tp tetap tak boleh lawan nafsu makan ;(errrrrrr
macam-macam product da cube, buat habis duit i je,kalau jadi berbaloi, ni makin menjadi-jadi makan, hishhhhh

01/01/2011

ouhhhh dah kena kawin i macam nie ;)

Taraaaa SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PUAN NUR SYAHIDAH BT HAKIM huhu dah puan ok so tak payah nak hang out bersama cik-cik lagi dah, sebab nanti laki cari lain. HAHA so Im so happy and I am very excited about your beauty! Seriously sangat cantik.

so we all tak dapat bergamba sama-sama sebab I datang dia dah naik pelamin anganku musanah so I dapat kenyit-kenyit mata dari jauh je,huhu cantikkan dia?

Sebut pasal kawin, kawan-kawan I ramai yang dah ke alam tu, ouhhh i? belum lagi, nak main kain-kawin boleh lah, tapi betul-betul tu belumlah. HAHA so sekarang ni problem nye I yang kawin lambat ke dorang yang kawin awal?HAHA

Okeyy lah semoga kekal hingga ke akhir hayat ye ;)

anak melayu pegi klg mall pakai baju kurung pun tak pe, HAHA

*hari nie sangatlah memenatkan, balik je dari jemputan I terus ke kluang mall ade year and sale katanya, jalan punya jalan tak nampak yg berkenan tapi ada satu ayat yang I berkenan JAWATAN KOSONG haha so I pun cubalah on the sport die suruh datang interview, so I pun balik mandi-mandi baring kejap and keluar balik dah interview then die cakap okey mula besok ye, so I pun macam orang gila cari kasut,baju and seluar, nie la padah balik cuti lenggang kak limah HAHA last sekali mall dah nak tutup baru lah I balik, so esok I dah mula berkerja, so sape-sape yang dah pasang niat nak mintak I belanja jauh kan diri dari I ye, sebab I dah pasang niat dulu dekat beg BUM warna pink (muaz tk nak belanja so I kena keja tau) HAHA

WISH ME LUCK YAHH ;D ILYSM