27/02/2011

semoga aman disana

pagi-pagi dah nak berbloging,ni semua punca mimpi malam tadi,mau menangis i pagi-pagi ni, malam tadi i mimpi arwah atok yang pergi pada 9 november 2010,walaupun dah lama bagi orang lain tapi i masih menganggap sangat baru.

malam tadi mimpi arwah atok datang berjubah putih and mintak i urut kakinya, dan dalam perbualan kami arwah atok cakap "akak ikut atok lah,atok sekarang selalu tak sihat,kalau kakak ada boleh tolong tengok-tengok kan,pergi bincang dengan abah dengan ummi,cakap atok nak bawak kakak" so lepas tu i pun tanya tapi my mum cakap tak boleh sebab i kena balik kuantan and habiskan belajar,

lepas tu i terus jumpa atok and cakap "alaaa abah cakap tak boleh,tunggu akak habis belajar dulu baru boleh" kalau arwah atok datang tiap-tiap malam i tak snggup nak hadapi,bila bangun je mesti sedih,

"ya Allah semoga engkau merahmati dan mencucuri rahmat keatas roh atokku" aminnnn

semoga kita berjumpa di syurga :'(

26/02/2011

exam ouh exam!

semua orang tahu hari ni hari sabtu,so tak ada alasan nak cakap busy melampau, HAHA so update kejap sementara menunggu waktu masuk pukul 2,sebab nak sambung study balik,minggu test kan so mesti lah ber sakit-sakit sikit.

bila minggu study so di harap duduk rumah sahaja okey?jangan kemana-mana, hampri tergugat jugak iman tadi bila cik sayang cakap movie jom! tengok cerita kembar siang, hahaha so i cakap tak boleh sebab bila dah keluar tak tau balik awal kan? so baik tak payah keluar,so post pone untuk hari khamis malam kite tengok THE FIGHTER okeyyyy lepas tu niat hati jumaat pagi nak balik johor, kalau kesampaianlah kan? penat lah tiap-tiap minggu balik, mau patah backbone i. HAHA

so bila nak exam kite kena buat apa?

1) jaga makan

jangan makan makanan yang boleh memudaratkan diri,contohnya tengahari ni belajar malam karang masak meggi, asam-asam pun jangan ye,

2)jangan tidur berlebihan

lagi banyak kita tidur sebenarnya lagi lemah badan kita.

3)study pada waktu yang bersesuaian

antaranya 8-12 then break kejap 2-5 lepas tu pegi beriadah serta beribadah malam sambung balik 8-12 pun memadai,lepas dari tu kalau kita sambung jugak lagi kebarangkailian untuk lupa semua apa yang kita belajar adalah sangat tinggi,lepas tu bangun lepas subuh jangan tidur balik, baca apa-apa yang patut sikit-sikit.

4)bersihkan hati

bukan pakai sabun tau,huuu soo faham-faham la ye i pun memang tak sempura,so kalau i ade salah dengan sape-sape maafin ye :(

5)berkat ibu bapa

call ataupun mesej bagitau yang youall nak exam,and mintak mereka doakan, sangat termakbul doa seorang ibu ye :)

lima je lah eh?huhu tips saja nak kongsi-kongsi :) selamat berexam kawan-kawan

22/02/2011

big sumaiyah because big apple HEHE

hyeeee hari ni free sikit sebab kelas pun sikit,so malam ni keja pun tak banyak sangat,boleh update kejap, heeee berapa lama lah dah tak update, huuuu hari tu sebok balik kampung taman halaman lepas tu terus start kelas macam biasa.

lepas dah balik mandi-mandi terus rehat,nanti tak lah terlajak sampi ke petang,heee so bangun je tidur tiba-tiba roomet ajak pegi jogging so pegi la, balik dari jogging terasa nak makan big apple sebenarnye dah berapa hari teringin nak makan big apple tapi asyik tak sempat je, so text cik syg and tanya die balik pukul berapa,and die terus cakap okeyyy tapi bungkus je sebab die nak pegi main futsal malam ni, lepas dah hantar

so dah dapat big apple sampai 6 pices, i tanya la kenapa beli banyak-banyak perli i ke?loya lah makan banyak-banyak lepas tu die cakap "i tak lah kejam nak bagi roomet you terliur" HAHA okeyyy faham.

dah lah bungkus nasi goreng tak bagitau, huhhhh i kan dah tak makan malam errrrrrr so nak tak nak kena jugak makan tak kan nak bagi tong makan kn? HAHAHA alahhhh nak cakap nak sumaiyah :P

perasan tak sejak-sejak ni entry asyik pasal makan je,sedangkan sekarang dalam proses mendiet, hishhhhh tak boleh jadi ni HUHU esok niat nak pegi joging lagi :) ke ada sape-sape yang nak tolong suggest mane-mane ubat kurus tanpa kawalan makanan, HAHAHA sebab ade syaiton makan dah terlebih dari syaiton diet ni.

musim pelantikan MPP

yessss akhirnya i menang tanpa bertanding. HAHA
ouhhhh perasan tak sekarang kebanyakan IPT semua tengah sibuk pasal MPP ala kalau youall perasan ade banyak poster-poster macam ni
yahhh i pun dah menang tanpa bertanding, HAHA dah bertanding sorang-sorang memang menang HAHA gamba diatas hanyalah rekaan semata-mata,i nak mengundi pilihan raya pun tak cukup umur lagi nak bertanding, heeeeee okey lah entry yang ringkas je sebab i need to rest :) IMYSM
*ipin bawak-bawak le tuka profile pic, dah habis dah :)

19/02/2011

RAHSIA bulan kelahiran :)

Copy from facebook :) nice lah, *sila klik pada gambar untuk pembacaan yang lebih jelas :)

16/02/2011

teluk cempedak :)

heyyy hari ni dah tak marah-marah,dah tak tacing-tacing, huhu okeyyy evryting is okey now,mungkin keadaan I yang menyebabkan I nak marah-marah,semua benda jadi tak kena.

semalam semperna maulidur rasul kami selaku rakyat johor Pahang telahpun tak de kelas,so bangun pun alahai sedar tak sedar je dah pukul 1 lebih,bangun-bangun seperti keadaan macam hari tu si roomet I dah pegi beli barang-barang and tunggu I bangun untuk masuk,kejam gila tau,ke mereka rase I pandai masak, HAHA

kali ni masak bukan untuk makan tengahari punya,tapi ade ke dorang ajak pegi picnic, hoiiii I memang dah peliklah macam benda main-main je, I tanye dekat mane dorang cakap teluk cempedak je, ouhhh sekarang baru dah tak terkejut,tempat sekangkang kera je pun. huhu

okey I pun tengok barang and tanya nak masak ape ni ade tepung bagai,ke nak buat cekodok je,aikkk pelik cekodok pun nak tunggu I kan. HAHA

so menu-menunye

bihun goreng Singapore(padahal goreng dekat kuantan)

ayam goreng

and pudding susu

yang pudding ni I frust sikit lah sebab kurang sedap,dah lah merekah HAHA kesian I sebab masih belum lulus lagi nak menduduki ujian memasak,and the last ade tahu sumbat with sambal kicap,tapi tak sempat ambik gambar dah kena sumbat dalam perut. HUHU

so after asar kami pun bersiap-siap sampai di teluk cempedak

mesti lah I yang kena makan dulu kalau tak I sakit perut nanti. HAHA yeee I memang lapar *abaikan mat&minah salleh belakang tu :)

dua makan dua lagi sebok dengan layang-layang

yang ni memang STOK MPK kuat makan tanye lah ape je yang die taknak,

and after makan-makan kami main layang-layang semua budak kecik teruja tengok layang-layang yang I main naik tinggi,main tepi pantai tak naik malu la kan? HAHA

tengok I yang control layang-layang ni tau.

tapi malangnya setengah jam lepas tu layang-layang yang I main dah pun tersangkut dekat pokok,huhhh sedih sangat,malu je. HAHA alaaa angin kuat biase la memang la tak boleh control kan? acehhhh lain dah ayat,tadi belagak sgt

muka sedih plus kecewa bila dah tersangkut :(

lepas dah kemas-kemas bergamba kejap and balik :)

14/02/2011

sakit yang nampak and sakit yang tak nampak

entry untuk malam ni sangat sedih,sape yang jumpa and terbaca,baca lah sebab tak akan di publich di FACEBOOK macam biase,

hari ni menahan dua kesakitan yang tak boleh nak tahan walaupun cuba untuk menahan. First is sangat lah sakit gigi sebab gigi bongsu nak tumbuh,tak semua akan rasa kesakitan ni sebab ada sesetengah mereka tumbuh gigi bongsu dengan jayanya sikit pun tak rasa sakit sangat lah untung bagi mereka yang tak rasa,bagi yang ketogori macam I pulak sampai nak demam-demam badan tak sedap sebab sakit. So apa yang I boleh buat ialah bersabar dengan segala kesakitan ni,

tu kesakitan yang kita nampak ni nak habaq kesakitan yang tak nampak pulak okeyyy,I pun tak tau kenapa nak sakit hati hari ni,yela biasa I ignore je benda-benda ni tapi hari ni sangat sensitif sikit,bagi roomet yang terbaca I mintak maaf,tapi I harap youall tak baca.

nak tau apa yang roomet I dah lakukan? Errrrr okeyyy hari ni kelas I bermula 12.30 sebab lecture yang pagi tkde so I pun bangun awal sikit and kemas rumah, bila dah kemas rumah so I pun g kelas balik rumah penat-penat tengok bilik macam tongkang pecah, sape lah yang tak sakit hati,tk kan lah baju kotor pun nak I yang kutip masuk bakul sorang-sorang, baya I lah baru I buat, orang endon pun dapat upah tk kan I tak dapat kn?

berubah lah,kalau tiap-tiap hari you minum I kemas you makan I kemas,tempat tidur you bersepah I kemas lama-lama boleh jadi gaduh oiii.

so cukup-cukup lah sampai sini makin panjang makin sakit hati,nanti ade yang baca sentap pulak nanti.

*nak balik rumah johor darul takzim lah :(

13/02/2011

main masak-masak :)

hohoho assalamualaikum, ;) heeee tiba-tiba rasa nak update blog pulak,orang lain semua dah kenyang perut tinggal tunggu masa je nak kena tembak atas katil masing-masing. HUHU

semalam hari karaoke,hari ni hari memasak, HAHA okeyyy i bangun-bangun roomet i cakap semua nak i masak, ouhhhh i memang dah mengigil gila la kan,ehhh ape ingat i pandai masak,tak okeyyy setakat sikit-sikit tu bole la, HUHU

so i pun list kan barang suruh dorang pegi beli, yang i dekat rumah dah sebok search cara-cara nak masak, HAHA alih-alih dorang pegi kedai balik awal,tak sempat nak tengok lebih detail dah sampai rumah,i pun tawakal lah kan, haaaa tu la akibat perempuan tak pandai masak. HAHAHA kawan-kawan i semua pandai masak,i je yg tak pandai. errrrr memalukan :(

so lepas dah tengok bahan-bahan i suruh dorg potong apa yang patut sambil i basuh ayam-ayam yang nak di masak.

errrrr i masak :

ayam masak ala-ala afrika, haha kenapa afrika? tengok color dah tau hitam. HAHA :p

sotong goreng tepung lerai, HAHA tepung entah kemana,masuk je kuali tepung2 yang dah digaul tadi terus berpisah, tak tau apa salah i

and ni ialah kobis goreng

and the last one is telur goreng plus black paper, acehhhhh HAHA nak cover telur ade kesan hangus-hangus cakap black paper konon. HAHA

12/02/2011

tenaga habis pada karaoke :)

okey hari ni entry tk nak panjang-panjang badan pun dah tak bermaya,so need to rest :) HAHA alaaa hari-hari nak buat entry penat ape hal? orang lain penat jugak,tak bising pun. HUUU orang lain tu minum kacip fatimah youuuuuu.

actly hari ni tak plan langsung nak kelua,jup lagi lepas i siap basuh semua baju-baju yang dah menunggu untuk dibasuh roomet i pun tiba-tiba cakap teringin nak makan mcd,ouhhh dalam hati i "perghhhh best tu" tapi mulut i "errrrrr aku kan diet" then dorg ni selalu mengamalkan SORANG TAK NAK KELUA SEMUA TAK JADI KELUA, so i pun kesian dekat roomet i yang teringin nak makan mcd ni i pun kelua,

tengah-tengah i siap cik cyg call

he : "i otw balik siap-siap la kita g main bowling dengan kawan-kawan i"

me : "ekhhh tak boleh roomet i ajak kelua ni"

he : "alaaa kate nak beli baju hari tu kan?" acehhh pancing nk belanje pulak mamat ni, HAHA

me : "errrrr ala nanti lah ekhhhh,baju tu bila-bila boleh"

he : "okeyyyyyyy lahhhh" (nada dah hampa,sape suruh tak cakap hari ni keja half day) HAHA

siap-siap terus kejar MCD VALUE LUNCH :)
see mcd ade empat je sebab i tak makan pun HAHAHA *pecaya?
alamak kantoi pulak i ade empat orang and buger ade empat jugak,habis tu sape yang ambikkan gamba? haaa?
lepas je da kenyang jalan-jalan so terus kan aktiviti wajib kami memang tak sah bila tak
KARAOKE :)
and the list of the song memang agak banyak lah jugak
diam-diam jatuh cinta
aku wanita biasa
cinta 100%
baldu biru
bisakah
bossanova
sembunyi
senggol-sengolan cubit-cubitan
setelah aku kau miliki
angkat kaki
bunga bakawali
adakah kau setia
lagu sume nak jiwang. HAHA
ina dengan i memang pegang micophone je,sebab yang dua lagi susa skit nak nyanyi :) *ina memang suka tido diri :P
lepas je dah siap karoke i pun jalan-jalan mase tu i dah berpecah dengan partner lagi sorang ni,jalan berdua je lah dengan ina, so tiba-tiba je terjumpa kawan cik syg dengan gf die,and tak sampai 3 minit lepas tu cik syg muncul,ouhhhh tak jadi jumpa tapi last-last terjumpa jugak, HAHA
teruskan niat asal mereka nak main bowling sekali ramai daaaa terus ke karaoke lagi, pergggghhhh jem kepala penuh lagu:)
i,kak emy,ina
lepas dah memekak sampai sakit tekak terus ke TELUK CEMPEDAK, lepak-lepak kejap dekat sana and pegi makan lepas tu terus balik,so THE END, ;)

11/02/2011

lotih,lomah,longlai

huhh kalau la mak i ade belog kan best meti die boleh baca yang i tengah busy sekarang and pressure tahap gile lah, orang selalu cakap ouhhhh biasa lah adat la belaja tapi i nampak jugak status-status facebook mereka yang dah berkerja pun merungut penat keja. so kesimpulannya buat apa pun penat kan?

mana tak penat kelas i hari-hari padat tau, celik mata kelas sampai lah ke petang kadang-kadang sampai tak balik langsung ye la dari kolej terus ke banda,mane taknye. HAHA alaaaa pegi bersebab bukannya apelah kan?

macam hari ni, dalam kelas dah ingat katil,tapi tiba-tiba cik sayg text nak pegi makan lepas die balik keja petang,ouhhhh punya lah die tak nak i lambat sebab malam ni die main futsal so die ckp kalau you nak tido, tido lah pakai selua jeans,siap-siap terus dah lah you selalu lambat,you kn pantang baring. HAHAHAHA kejam gila nak tidur pakai tudung,huhhh so terus tak jadi tidur nanti ade pulak joyah bebel lagi, dah la i penat pressure dekat subject-subject. HUHHH

kenapa? tak caya lah yang i ni dekat kelas belaja?

so nampak? gigih gila muka budak belaja tak macam kawan-kawan I,

ni ade lecture ni bole macam ni, HAHA

muka yang sangat penat so terpaksa di black and white kan sebab muka selekeh gila (alaa memang selekeh pun) HAHA

kalau lah kluang tu dekat Pahang kan best, you all tau tak I cuti sampai hari selasa, nak balik lah tahu tak nak balik? errrrr bosan nye berada di SINI ni suma cuti sem punya pasal kalau tak I taj jadi M A L A S macam ni tau. HAHA

07/02/2011

si junior :)

HAHAHA balik-balik tak tuka baju terus je pegi online, nak jengah facebook punya pasal,tak pe kalau tak online nanti tido so bila tido petang malam tido lambat,bila tido lambat bangun pun lambat bila bangun lambat pegi kelas pun lambat, bila nak habis? HAHA okeyyy dah habis cerita bila,

hari ni new sem,baru sem empak empat,baru sem empat ada setahun lebih-lebih lagi nak habis,lamanya lah kan? Ala nanti habis awal-awal pun buat apa nanti dah tak rase life belajar. so new sem mean new class, okey tadi masuk kelas pun macam budak baru masuk sekolah, yela sekarang banyak kelas sorang-sorang sebab kelas da banyak jugak tak same, so bored lah. bila dah masuk kelas dengan semua yang baru I pun mula lah dengan perangai lama, tanya satu jawap satu, HUHU pemalu tau. bila dah lama sampai classmate tanya “sumaiyah tak penat ke cakap dari pagi sampai petang?”huhu

masa dekat kolej tadi sementara tunggu kawan-kawan class I yang lain I duduk sorang-sorang so tiba-tiba ada junior I duduk sebelah I, I kenal die tapi mungkin die tak perasan I, so masa dia nak duduk dia tanya “ada orang?” I just geleng kepala je, then lepas dia dah duduk die boleh tanya I ape tau “baru masuk ke?” HAHAHAHA(muka I ada macam umur lapan belas ke?) poyooo tau die, nak rasa dia senior I lah? HAHAHA lepas tu I geleng lagi, then die tanya “sem berapa” *errrrrrr ramah la pulak petang-petang dah penat ni kan? I jawap lah sem empat “ouhhhh tak penah nampak pun” errrrrrrrrr I pegi kolej masuk kelas bukan catwalk satu kolej, huhhhh terus bangun and jalan. HUHUHU

06/02/2011

Kuantan activity ;D

bila dah cuti bukan setakat nak menulis, nak menaip pun dah mengigil-gigil HAHA sebulan cuti sem sambung pulak dengan cuti raya, ouhhhh post yang lepas menceritakan babak-babak nak balik johor,sekarang cerita babak nak balik kuantan. HAHA

semalam naik bas hari sabtu,kenapa sabtu? sebab semua orang nak naik bas hari ahad so I pun mengalah la kan, huhu dengan kata lain ticket bas hari ahad dah habis,so naik je lah bas hari sabtu,nanti tak dapat balik lagi susah dah la rindu cik sayang da nak mula sem baru, tak kan awal-awal nak skip class kn? HAHA

semalam masa naik bas macam naik bas rombongan pelajar bersama pakcik driver bas, HAHA sebab semua yang naik kebanyakannya student,sampai je kuantan cik sayang ambik,lepas tu terus pegi pasa malam,beli sampai tak cukup tangan,sampai pinjam tangan orang yang teman. HAHAHA *I makan sikit je yang lain tu nafsu yang makan. HAHAHA

lepas sampai rumah yesss rumah dipenuhi jin-jin yang I pun tak nampak, hahaha rumah kosong roomet semua balik ahad malam,diorang kalau boleh nak baliik isnin pagi,selagi boleh lambat lah katakan HUHHHHH, so bila da malam mula la perasaan yang tak tau duduk diam, si ikan puyu pun tak tau duduk diam,mulut dia macam mengigit sesuatu, tiba-tiba teringat si housmate cakap "ikan puyu ni kalau ada benda dalam rumah dia bunyik-bunyik"

ouuhhhhh terus text cik sayang cakap I bosan duduk rumah,padahal perut ni macam-macam rasa dah, HAHA tinggal nak jerit je. HAHA

so kitorang lepak di Teluk Cempedak je,sebab ramai orang,lagi pun dah malam dah nak pegi mane-mane mall,nanti baru je nak pandang-pandang dah nak tutup, HAHA dekat TC malam-malam memang best sebab ramai orang memancing,so I yang excited gila tengok, sebab I thought tak ada orang memancing dekat tepi pantai, kalau ada pun pancing awek-awek yang lalu. HAHA

dah pukul sepuloh terus ke TAJ megamall tengok bola, HAHA macam apa la ref malam tadi, die sokong newcastl kot,mula-mula tengok arsenal main dah senyum-senyum sebab oder air,air belum sampai arsenal dah gol, HAHAHA 4-0 arsenal tinggalkan,sekali nwcastel keja ambik kau. HAHAHA

*chelsea VS Liverpool tonight ;)

01/02/2011

yang dikejar tak dapat yang di kendong ni tak tau la cicir ke tak

entry kali ni sangat bercampur baru pelbagai perasaan. HEHE okeyyy sebenarnya ceritanya macam ni,mula-mula I dah beli ticket 2hb untuk ke kluang,tapi oleh kerana segamat dah banjir besar so I pun mengelabah la pegi terminal nak cari ticket lain yang tak lalu dekat segamat.

hari ni I tak masuk kelas yang sememang nye tak de,baikkan i? tak de class pun datang,sebenarnye pagi tadi ada tapi lecture tak datang,so dengan automatiknya kelas seterusnya pun terbatal.HAHA I balik pun ada sebab, ;(

sebabnya I nak cepat ke terminal untuk beli ticket ke kl,ye la sebab semalam I g terminal tanya khaba pasal bas untuk esok akk tu jawap “esok kalau segamat tak boleh lalu lagi kita pulang duit” ekeh enak je ayat, so start malam tadi dah mula serabut kepala nak cari jalan balik ke johor.

lepas I dah balik hostel dah tarik-tarik semua tingkap-tingkap yang perlu, kemas-kemas beg lepas tu terus keluar and text cik sayang and dia cakap “you ni gelabah la,pecaya la esok bas tu jalan punya air nk surut lah,beli ticket banyak-banyak lepas tu burn macam tu je” ouhhhhh you tak balik naik bas yang,so you tak rase,kan2?

so I pun tekad jugak nak ke terminal biar pun naik bas sebab cik sayang keja and belum waktu rehat, so bila I sampai je terminal kuantan dah rasa kehangatan nak balik ke kampong, ye la gila tak sendat pulakkan terminal,tapi yang pelik ramai orang melayu,sampai I pun comfuse yang nak raya ni cina ke melayu. HAHA

see yang beratur nak beli ticket semua melayu, habis beratur semua hampa sebab ticket dah habis. HAHA kalau raya sendiri mau tak melalak dekat situ.

bila I dah beratur I jugak turut serta merasa kekecewaan,sebab semalam dia cakap ticket pukul 12,lepas tu beratur ticket bertukar menjadi pukul 10 tadi, tak geram pulak kn,I rasa bas gerak setiap hari lain waktu kot, ek? HAHA so I redha je sebab dalam beg duit ada lagi satu ticket penentu masa depan, HAHA

wait and see je lah apa jadi esok hari,maraliner ouhhh maraliner kalau redah je banjir tu tak boleh ke?