okey senggugut biasanya terjadi apabila
- Endometriosis dimana sel serupa yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
- Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
- Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan rasa sakit.
- Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
- Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.
- Kurangkan minuman bergas 14hari sebelum menghampiri tarikh kitaran haid.
- Kerapkan bersenam supaya rahim lebih sihat.
- Tuamkan dengan kain panas supaya pejalanan darah lebih mudah.
- Ambil ubat seperti panadol atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit, *ambil sekiranya perlu sahaja.
jumpa di entry akan datang :) Love You All