26/02/2011

exam ouh exam!

semua orang tahu hari ni hari sabtu,so tak ada alasan nak cakap busy melampau, HAHA so update kejap sementara menunggu waktu masuk pukul 2,sebab nak sambung study balik,minggu test kan so mesti lah ber sakit-sakit sikit.

bila minggu study so di harap duduk rumah sahaja okey?jangan kemana-mana, hampri tergugat jugak iman tadi bila cik sayang cakap movie jom! tengok cerita kembar siang, hahaha so i cakap tak boleh sebab bila dah keluar tak tau balik awal kan? so baik tak payah keluar,so post pone untuk hari khamis malam kite tengok THE FIGHTER okeyyyy lepas tu niat hati jumaat pagi nak balik johor, kalau kesampaianlah kan? penat lah tiap-tiap minggu balik, mau patah backbone i. HAHA

so bila nak exam kite kena buat apa?

1) jaga makan

jangan makan makanan yang boleh memudaratkan diri,contohnya tengahari ni belajar malam karang masak meggi, asam-asam pun jangan ye,

2)jangan tidur berlebihan

lagi banyak kita tidur sebenarnya lagi lemah badan kita.

3)study pada waktu yang bersesuaian

antaranya 8-12 then break kejap 2-5 lepas tu pegi beriadah serta beribadah malam sambung balik 8-12 pun memadai,lepas dari tu kalau kita sambung jugak lagi kebarangkailian untuk lupa semua apa yang kita belajar adalah sangat tinggi,lepas tu bangun lepas subuh jangan tidur balik, baca apa-apa yang patut sikit-sikit.

4)bersihkan hati

bukan pakai sabun tau,huuu soo faham-faham la ye i pun memang tak sempura,so kalau i ade salah dengan sape-sape maafin ye :(

5)berkat ibu bapa

call ataupun mesej bagitau yang youall nak exam,and mintak mereka doakan, sangat termakbul doa seorang ibu ye :)

lima je lah eh?huhu tips saja nak kongsi-kongsi :) selamat berexam kawan-kawan

No comments: