26/09/2011

setiap pertemuan ada perpisahan

assalamualaikum, hai sihat? sejak-sejak susah online ni susah lah nak mengupdate. heeee ok malas nak cerita panjang,mood pun suam-suam kuku je kan, kang membebel panjang-panjang terus mengarut.


betul kata pepatah setiap pertemuan pasti ada perpisahan,  tak kesah lah lama ke kejap ke ending pertemuan mesti dengan perpisahan, sedih sangat i dah bersama dengan si dia dekat bertahun lamanya, tiba masa dia buat perangai,



sebelum ni pernah jugak berlaku benda yang sama,tapi i ignore, i malas nak fikir-fikir sangat then i cari lain,sekarang ni benda yang sama berulang kembali apa yang i nak buat semua tak boleh semua tergangu,pelajaran i assigment i jangan cakap semuanya tertangguh gara-gara dia,



ramai kawan-kawan i cakap dia memang tak elok tapi i tak percaya, bila dah kena pada diri sendiri baru rasa menyesal, sekarang i dalam dilema samaada masih nak teruskan bersama atau cari yang lain, ingat senang ke nak cari yang lain :(


huhhhhh sekarang i hanya mampu berdoa agar laptop i kembali pulih, tak kan sampai bila-bila nak mengharapkan belah kasihan orang bila nak online kan, hadoi laptop-laptop :(

1 comment: