05/10/2011

perginya seorang insan yang tersayang.

assalalamualaikum,

2 october akan menjadi tarikh yang paling indah buat kami sekeluarga kerana dilahirkan seorang insan yang bernama samsiah bt ahmad untuk berada di bumi ini dan memegang amanah 3 orang cahaya mata, dan 2 october jugalah perginya seorang insan yang amat sy sayangi iaitu MOKHTAR BIN MAHAD,

tak terdaya rasanya untuk menaip setiap jalan cerita tapi akan ku semadikan semua ini sebagai dairi selama-lamanya, abah pergi pada jam 1.15 tengahari di hospital tengku ampuan afzan kuantan. Semua yang berlaku bagaikan mimpi,

pada mulanya mereka ke kelantan untuk hantar adik ke uitm macang di kelantan,dah selesai urusan mendaftar abah mula kan perjalan dalam pukul 8 pagi pada hari rabu dengan niat nak sampai awal di johor, tapi takdir telah tertulis untuk tayar pancit di setiu bila dah pancit lambat lah untuk cari workshop sampai lah ke kuala terengganu hanya menggunakan tayar spare,

sampai di kuala terengganu untuk selesaikan semua tayar kereta yang bermasalah masa berjalan dengan bergitu pantas,dah abah membuat keputusan untuk tidur di kuantan atas sebab dah terlalu letih untuk teruskan ke johor, tiba abah di kuantan kami terus ke penginapan,masa malam tu abah lah orang paling gembira dan orang yang paling banyak bercerita walaupun keadaan dah nampak lemah, malam tu abah dah mula rasa sakit dada, tak sangka keadaan menjadi teruk bila dah pukul 5,


kami terus ke HTAA dan dalam perjalanan untuk ke hospital abah pengsan, masa tu hanya Allah yang faham keadaan kami bertiga, sampai di emegncy doctr sahkan paru-paru abah dah mula penuh dengan air,doa memang tak pernah putus dari mulut kami, macam-macam perasaan yang kami rasakan, tp alhamdulilah masa tu Allah masih memberi nafas kepada abah,

masuk hari kedua abah di hospital doct sahkan abah terkena serangan jantung dan salah satu saluran jantung abah tersumbat dan terpaksa membuat pemedahan bagi memasukkan ballon dan memberi ruang untuk saluran darah, 4 jam berlalu doct keluar dan memberitahu pemedahan berjaya masa tu Allah yang kami cari sbb hanya Allah yang pegang segala-galanya,

sabtu pagi keadaan abah masih sama cuma ada perubahan sedikit demi sedikit dan petangnya abah sedar juga akhirnya, masa masuk jumpa abah pandang je semua abah cuba nak bercakap tapi tak ade sape dengar, and masa tu kami punya gembira memang tak terkata, kalau di benarkan masuk lama-lama nak aja kiteorang tidur dengan abah malam tu.

tapi kegembiraan kami berakhir pada hari ahad apabila kami masuk pada waktu melawat pukul 1 abah dah lemah, doct dah suruh ajar mengucap mak dalam keadaan hampir separuh pengsan cuba untuk mengajar abah mengucap dan akhirnya pada jam 1.15 petang abah pergi dengan tenang, bersama isteri dan anak-anak tersayang,

rebah kebumi kami semua bila dapat tau abah dah tak ade,tp semua orang cakap abah pergi dengan keadaan tenang, senyum je.. jenazah di bawa pulang dari kuantan ke kluang masa sampai di kluang yaAllah orang yang datang penuh sangat-sangat, sayu sangat tengok, alhamdulillah abang sendiri yang dapat urusakan segala-galanya,


kami semua cuba tabah menerima kenyataan ini, bergitu indah susunan Allah S.W.T dari awal hingga akhir,

"abah akak dah janji dengan abah akak akan jadi anak yang baik untuk abah, and akak tak akan biarkan abah tanpa apa-apa di sana, setiap amalan akak hanya untuk abah"

al-Fatihah untuk arwah Mokhtar Bin Mahad,

16 comments:

LyNn LyNdA said...

salam takziah..
sambil kite bace entry awk,smbil 2 kite t'ingt kt abh kite..
smga ALLAH msh pjg kn lg umr abh kite..xdpt nk byg kn klau kite brda kt tmpat awk..smga awk sllu tabah..

done follow...~

Sufinah Yussof (SY) said...

al-fatihah~ salam takziah dari SY buat sumaiyah dan keluarga. semoga arwah di cucuri rahmat dan d tempatkan di kalangan mereka yang beriman.insya'Allah~ amin~

kasihfatiemah said...

al-fatihah..
smg awk sekeluarga diberi sabar yg x terhingga atas dugaan ini..
Allah menyayangi die sememamhnya..
tabahkn hati,sedekahkn yg terbaik utk dia di sana..

sumaiyah mokhtar said...

LyNn LyNdA : thanks ye :(

sumaiyah mokhtar said...

Sufinah Yussof (SY) : amin syg :(

sumaiyah mokhtar said...

kasihfatiemah : insyaAllah cuba utk tabah walaupn susah :(

cik oja said...

sebak bace ni...oja hope,muaz,sumaiyah ngn umairah tabah..
al fatihah tu abah kmu!!

sumaiyah mokhtar said...

cik oja : amin, thanks ye sys.

Ariffin Janal said...

al-fatihah. :'(

sumaiyah mokhtar said...

Ariffin Janal : thanks ipin, kau antara orang yang dapat jumpa arwah abah time raya, and tak sangka raya terakhir. :(

Ariffin Janal said...

tak sangka kan? aku pun tak sangka dapat jumpe die raye tu.

Nurul Mazni Sawal said...

takziah dari maz yer utk keluarga awk.. semoga tabah harungi hari mendatang.. al fatihah utk arwah abah awak ..

sumaiyah mokhtar said...

Ariffin Janal : ye lah siapa sangka, menjadi raya yang paling indah buat kiteorg taun ni sahaja, akan datang dah tk bermakna lg :(

sumaiyah mokhtar said...

Nurul Mazni Sawal : terima kasih maz, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats roh abah :( amin

mate saya bulat said...

salaam. MSB bace ur entry. sedih sangat. MSB doakan awak kuat. semoga ur dad dikalangan orang yang beriman. salam kenal dr MSB as ur blogger fren.

sumaiyah mokhtar said...

mate saya bulat : thanks dear, harap sy akan lebih tabah amin.