22/11/2011

tyra's birthday ;D


 hye assalamualaikum, okey last last last day, hehehe saje nak tunjuk yang cerita dah lepas baru nak update, serious memang busy gile-gile eleh busy ape tak tau, so hari ni pun nak update sikit-sikit je aktiviti dekat melaka,so hari ahad hari tu birthday ank sedara i yang ke 2 tahun, heee mari layan gambar je lah eh? :)
 

ATIRAH birthday, heee hasil tangan i sendiri, last minit so simple-simple je lah :)

 antara menu yang ada,and kek memang superb sedap gile :)



ni lah birthday girl yang meragam di hari bahagianye, hehehe ape pun tak boleh budak ni, punya traning tiup lilin last-last tak jadi jugak, hehehe nak ambik gambar lagi lah jangan cakap, macam-macam teknik yang i guna,tak jalan jugak, hehe so tak de lah snap banyak sgt gambar die.

tak sudah-sudah peace yoooo!
 heeee antara gambar yang dapat snap tu pun sampai i terpusing-pusing kejar die, hurmmmm so nampaknye betukar lah kepada model yang bawah,


haaaa kan? suruh buat ape je pun die buat :)

 so bila birthday girl dah mula serba tak kena so model-modelnye semua harus berubah hahahaha :) lebih banyak gambar orang lain dari birthday girl,




and the last one,

nampak? orang lain bersungguh-sungguh pakai baju cantik-cantik nak snap picture, yang mamat sorang ni boleh dengan baju tidur die je, hehehe so nampak kan perempun lebih mementingkan kecantikan, ;)

okey lah see you next entry, love you all :)








18/11/2011

`selamat bercuti` ;D

hye assalamualaikum, heee hari ni curi masa sikit nak update, ye la lagi cuti lagi busy :) alhamdulilah semua final untuk sem ni dah selesai, mudah-mudahan dapat yang terbaik :) kite dah mula cuti dah, heee seronok bukan main, so untuk cuti kali ni akan di nikmati sepuas yang mampu, walaupun sebulan tetap bersyukur, masa ni lah ada cuti, nanti dah keja ade orang baji cuti? ade? hahaha

so last day dah selamat sampai dekat melaka, so nanti dah habis semua urusan dekat melaka i akan balik johor, :) baru cuti da rindu-rindu, hahaha so sebelum cuti ade beli someting utk cik syg, pengubat rindu sebulan tak jumpa, hehehe

tadaaaa heee hadiah hari rindu, hari-hari rindu sebenarnye :)

so apa-apa pun selamat bercuti untuk semua yang baru cuti.

*sikit-sikit je update, ramai tangan yang nak tolong menaip ni :) LOVE YOU ALL.

13/11/2011

mimpi abah :(

Assalamualaikum hye lama tak update, ouhhh final paper hampir tamat, tapi ada yang dah bersenang lenang dekat rumah dah bercuti, sabar sumaiyah! sikit lagi, hehe okey now sy nk cerita pasal mimpi last night, 

errrr buat pertama kalinya lepas abah pergi and sy dapat mimpinya, itulah yg sy nak kan tapi susah sangat nak dapat, and the last dapat jugak, so semalam mimpi yang paling indah sekali, i really miss you abah, 

dalam mimpi sy tanya abah kenapa abah pergi dulu abah dah tak sayang kiteorg ke, and abah senyum je and die cakap "pernah ke jumpa seorang ayah tak sayang anak-anaknya,Allah pinjamkan abah pada korg semua and sampai masa Allah ambik balik dan kita akan di satu kan diakhirat nanti"

and sy tanya lagi tapi kenapa abah pergi dekat sini, "kakak cuba ingat balik kalau abah tak jadi singgah kuantan dapat tak akak jumpa abah, and abah tau kakak lemah, kakak tak kan mampu terima hakikat kalau abah tak ada dengan kakak masa hari terakhir, muaz dengan adik dah merasa tidur sebilik dengan abah, makan dengan abah, so abah pergi dengan anak-anak abah kan? tu tanda sayang ke tak sayang?"


huhhhh and kalau ingat balik masa abah sampai kuantan abah ade sesat sampai JLN BERSERAH, selama abah datang jenguk tak pernah sesat, and malam tu jugak i ada tanya macam mana boleh sesat sampai berserah? and he said "abah nak jalan-jalan je sebenarnya, lepas ni tak datang dah" and i ignore benda tu sebab ingat kan lepas ni abah susah cuti rupanya abah dah bagi tau dekat situ cuma tak dapat tanggkap apa maksudnye.

and the last dari abah,abah cakap "abah mungkin didik korg semua tak sempurna tapi mungkin lepas semua ni berlaku korang akan pandai berdikari, paling penting jaga aurat,sekali aurat anak-anak abah terdedah selanggakah abah di panggil ke neraka" and masa tu i dah menagish-ngish and cuba pergi dekat abah, abah senyum dan geleng kepala terus pergi. :(

ya Allah please nak mimpi lagi esok, rindu sangat-sangat -,-
Al-Fatihah

rindu pada abah tak akan pernah terubat :( walaupun cuba untuk tabah......

08/11/2011

buat kek sendiri lebih better tak ragu-ragu halal ke tak :)

assalamualaikum, fuhhh banyak bosan seyhhh ape lah hostel sunyi bagai hutan tahu tak, orang semua balik kampung bercuti kite je berhempas pulas masih dalam suasana final, tak apa sikit je lagi, nanti cuti jugak kan? okey bila dah bosan mula lah operasi yang berfaedah, operasi ape? makan lah ape lg, hehehe makan makan makan mane tak besar dengan jayanya :)


so this is my 2nd time buat kek buah ni, first time punya mak aihhhh pait jangan cakap, hehehe so ni lebih better lah dari yang sebelum ni,


haaa ni lah kek hasil tangan sy, i kukus je, apa-apa kek yang sy buat kebanyakannya kukus sebab ape? sebab kek akan jadi lebih basah sikit dari kite bakar, tapi satu pulak masalah yang datang bila kukus ni tak tahan lama sangat,

jom kite share bahang-bahangnye. heheh

  • 600 gram tepung gandum (untuk pengetahuan tepung selain tepung cap sauh akan merosakkan adunan)
  • 2 setengah butter (and please jangan guna butter golden chun TAK HALAL okey)
  • 300 gram gula halus(kalau taknak terlampau manis kurangkan)
  • 5 biji telur, kalau kecik 8 biji
  • 500 gram buah-buahan campuran
  • 2 sudu teh bicarbonate
  • 1 sudu besar esen vanilla perwarna coklat
  • 2 cawan gula (untuk gula hangus)

dan cara-caranya,
  • panaskan air didalam kukus terlebih dahulu
  • ambik sedikit dari tepung gandum tadi taburkan rata pada buah-buahan tadi cara ni untuk mengelak buah tu berkumpul di dasar kek ke.
  • ayak tepung,bicarbonate dan ketepikan di bekas yang kering
  • pukul telur satu persatu dan jangan pukul sampai terlalu kembang, cukup sekadar telur tu sebati kemudian masukkan butter dan pukul.
  • kemudian masukan esen vanila,gula halus dan tepung yang di ayak tadi, gaul sekadarnye sahaja dan gaul satu arah.
  • Menggunakan periuk, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu  dengan cepat sehingga adunan sebati.
  • Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
  • Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.
senangkan? hurmmmm walaupun rumit sikit berbanding kek coklat tapi hasilnye memuaskan :)

01/11/2011

ke kubur pun ada adab-adabnya :)

Hye assalamualaikum, sihat? Okey terus kepada tajuk asal lah eh? bukan nak tazkirah tapi mungkin entry ni sedikit sebanyak dapat member info kepada sesiapa yang tak tahu.


Okey kadang-kadang ramai yang ragu-ragu terutamanya wanita, kadang-kadang kite tertanya boleh ke waktu haid pergi kubur? Jawapannya boleh, ini kerana dalam keadaan menziarahi kubur seseorang itu tidak disyariatkan suci dari hadas kecil mahu pun besar dan hukum seorang wanita itu pergi ke kubur adalah harus dimana ia tidak melanggar batas-batas syariat islam.



Antara hari yang disunatkam untuk pergi ke kubur pula ialah pada hari jumaat, ini kerana pada hari jumaat roh-roh orang yang meninggal itu pergi ke kubur masing-masing dari waktu asar pada hari khamis sehinggalah ke waktu pagi hari sabtu.



Dah pergi ke kubur ada juga adab-adab yang kita kena patuhi supaya menghormati si mati itu

 -Memberikan salam kepada mereka sama ada dalam keadaan berdiri atau pun duduk dan mata memandang kearah bahagian kepala si mati.
      -Membaca al-fatihah dan seterusnya mendoakannya. 
     -Sentiasa menjaga aurat bagi perempuan mahu pun lelaki.
       -Tidak menceritakan keaiban si mati di pusaranya.

Dan antara perkara yang makruh ialah

        - Duduk diatas pusaranya ini kerana bagi menghormati si mati itu 
- Melangkah kubur dan akan menjadi haram sekiranya tapak kasut orang yang menziarahi itu terdapat najis.
 -Makan dan minum juga di anggap makruh kerana tidak menghormati keadaan sekeliling.

Okey lah tu je info yang dapat di kongsikan, walaupun jarang dapat ke pusara abah tapi sy tetap doa untuknya sesungguhnya anak-anak yang tidak mendoakan ibu bapa nye setelah selesai solat maka ia tergolong dikalangan anak yang derhaka, nauzubillah.