01/11/2011

ke kubur pun ada adab-adabnya :)

Hye assalamualaikum, sihat? Okey terus kepada tajuk asal lah eh? bukan nak tazkirah tapi mungkin entry ni sedikit sebanyak dapat member info kepada sesiapa yang tak tahu.


Okey kadang-kadang ramai yang ragu-ragu terutamanya wanita, kadang-kadang kite tertanya boleh ke waktu haid pergi kubur? Jawapannya boleh, ini kerana dalam keadaan menziarahi kubur seseorang itu tidak disyariatkan suci dari hadas kecil mahu pun besar dan hukum seorang wanita itu pergi ke kubur adalah harus dimana ia tidak melanggar batas-batas syariat islam.



Antara hari yang disunatkam untuk pergi ke kubur pula ialah pada hari jumaat, ini kerana pada hari jumaat roh-roh orang yang meninggal itu pergi ke kubur masing-masing dari waktu asar pada hari khamis sehinggalah ke waktu pagi hari sabtu.



Dah pergi ke kubur ada juga adab-adab yang kita kena patuhi supaya menghormati si mati itu

 -Memberikan salam kepada mereka sama ada dalam keadaan berdiri atau pun duduk dan mata memandang kearah bahagian kepala si mati.
      -Membaca al-fatihah dan seterusnya mendoakannya. 
     -Sentiasa menjaga aurat bagi perempuan mahu pun lelaki.
       -Tidak menceritakan keaiban si mati di pusaranya.

Dan antara perkara yang makruh ialah

        - Duduk diatas pusaranya ini kerana bagi menghormati si mati itu 
- Melangkah kubur dan akan menjadi haram sekiranya tapak kasut orang yang menziarahi itu terdapat najis.
 -Makan dan minum juga di anggap makruh kerana tidak menghormati keadaan sekeliling.

Okey lah tu je info yang dapat di kongsikan, walaupun jarang dapat ke pusara abah tapi sy tetap doa untuknya sesungguhnya anak-anak yang tidak mendoakan ibu bapa nye setelah selesai solat maka ia tergolong dikalangan anak yang derhaka, nauzubillah.




9 comments:

Pendamba Mawar said...

nice sharing.. tentang gambar tu ramai gak tengok orang pi kubur sekarang macam nak pi shopping komplek.. amik tudung letak atas kepala tu syarat je bukan nak tutup aurat betul2

fieda said...

terima kasih perkongsian ilmu ini..

cik sakdi said...

tq.. :)

sumaiyah mokhtar said...

Pendamba Mawar: yup nak2 waktu raya. datang like datin2 gitu,

sumaiyah mokhtar said...

fieda : sama-sama, insyaAllah dapat di amalkan.

sumaiyah mokhtar said...

cik sakdi : :) thanks for reading.

Myzatul FarahinSatimin said...

thx for d info..=))

sumaiyah mokhtar said...

Myzatul FarahinSatimin : welcome :)

Anonymous said...

Good one.