27/12/2011

Tips kurus yang mungkin berkesan :)

hey assalamualaikum, tiba-tiba datang satu idea untuk di kongsikan bersama, mana tau bermanfaat ke, boleh kita sama-sama kurus, acecehhhh orang semua dah cantik selim melim kau je gemok tak sudah sumaiyah! -,- okey mari teruskan sy ada beberapa cadangan yang nak di kongsikan,

heee seperti yang anda semua maklum, nak kurus ni bukan senang ye, baru nak diet teringat mcdonal, teringat subway, kejap kang teringat indulgence ehhhh macam aku sorang je yang macam tu, heee betul tak cara tanya orang-orang yang amalkan diet, ya Allah cobaan nye banyak, :)

okey so di sebab kan setiap kali nak diet teringat benda-banda tu semua so untuk mengelakkan keinginan untuk makanan-makanan tu semua kite kerja lah jual nasi lemak pagi-pagi, pstu tengahhari masuk keja mcdonal, malam kang keja PHD, hehehe kenapa kena kerja sana? haaa nk cerita la ni,

dulu kite ade sorang membe keja dekat mcdonal, then kite pernah cakap dekat die "best lahhhh kau hari-hari dapat makan mcd" nak tau die jawap ape, die kata "alaaa kau nampak best, aku yang dah menghadap benda-benda ni tiap-tiap hari naik muak tau"

muak? so bila dah muak dah tak nak la kan? hahahahaha so bila kite dah kerja pagi-pagi jual nasi lemak hari-hari makan nasi lemak mesti dah tak nak kan? macam tu jugak mcd, hehehe so kepada sape yang rasa nak mula diet tu yang tak boleh tahan nafsu makanan yang agak berlemak sila lah berkerja selama seminggu untuk mendapatkan rasa muak pada makanan tu :)

akibat terlampau tak muak dengan mcd ;)
hehehehe dah merepek dahhhhh k BYE, love you all :)

26/12/2011

miss you you you you

I miss youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Bila lah boleh balik.....duduk kuantan sgt-sgt bosan, tak ade yang best,my mum is the best,Ya Allah panjangkan kasih syg kami sekeluarga,sesungguhnya kami masih memerlukannya, aminnnnnn

Assalamualaikum :(

25/12/2011

YES! :D

Assalamualaikum
Year End Sale kali ni fuhhhhh sangat memikat hati, hehe semua org dah habis shopping dah, kite je lambat, kan? so semalam keluar jalan-jalan dengan classmate,fuh orang macam orang! ehhh bukan, orang bukan main ramai lagi, yelah dah nak musim perayaan kan? ade cina yang dah mula beli baju raya sikit-sikit, tambah pulak dengan budak-budak yang dah nak naik sekolah,

Heeee so semalam kite dah dapat idaman kelabu,ehhh kalau idaman kelabu mesti warna kelabu, so ini idaman kalbu ;D dah lama idamkan, dah lama survey harga, so semalam keringkan hati utk beli, yelah kalau nk ikut membazir agak membazirlah kan, heeee


hehe so ni lah idaman kite yang dah menjadi kenyataa, alhamdulillah ade rezeki Allah bagi, heeee and kite ada grab satu lagi item, hehehe disebabkan ade less lah kite ambik,


 hehehe dua-dua item warna pink kn? heee secara tak sengaja je boleh terbeli dua-dua pink,sebab i bukan pencinta pink pun, ape-ape colour pun boleh asalkan cantik mata memandang ;D

okey lah selamat bercuti pada yang bercuti,yang tak cuti nanti cuti lah kan? hehehe
LOVE you all.

13/12/2011

Main masak-masak lagi ;D

hye assalamualaikum,okey mungkin beblog ni pun mungkin ade mood, mood baik ade je nak update, alaaa update tak seberapa je asalkan ade, jangan biar di seluputi dengan abuk, hehehehe :)

so nak cerita pasal rumah. kenapa rumah? sebab hari ni last duduk rumah, arghhhhh kena balik kuantan lepas ni, dan menjadi pelajar seperti hari tu, dah cuti sebulan nak cari semangat naik sem baru ni susah tahu,

okey dah la malas nak cerita, yang akan datang biar je dia datang, heeee so semalam malam fikir nak masak ape, lepas tu tiba-tiba datang idea, sejak-sejak dah jadi mr mama dekat rumah kan? heee


heee kite masak ayam paprik, heee nak share resepi boleh? heee ala tak pandai sangat pun :)
so BAHAN-BAHAN nya(utk 5 orang makan)
 Ayam 4-5 ketul(dipotong kecil-kecil)
3 biji bawang kecil (di tumbuk)
2biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji cili api(ditumbuk) *kalau nak pedas lagi lebihkan
bawang besar (di hiris)
1 biji tomato
1 limau kasturi
1 btg serai (diketuk)
3 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
4 sudu besar sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
kacang panjang
kobis
karot
baby jagung
garam

okey step masak pulak :
  1. mula-mula goreng ayam dengan kunyit dan sedikit garam, goreng separuh masak,
  2. panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi
  3. setelah naik bau, masukkan sos,cili sos,sos tiram dan kicap,masukkan karot dan kacang panjang dan letakkan sedikit air supaya tidak bergitu pekat,
  4. kemudian masukkan jagung,dan kobis serta masukkan serai dan daun limau
  5. akhir sekali masukkan ayam, gaul sehingga rata dan tunggu sehingga 3-5  minit,
 Siapppppp ;D senang kan? okeyyyy love you :)
boleh tak nk letak gambar tukang masak, acecehhhhhh hehehehe ;D
eheh ngade noooooo nk letak gambar besau-besau ;D
byebye


12/12/2011

Daulat Tuanku

Alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya dah 5 tahun pemerintahan Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada malaysia, baginda pernah di martabatkan sebagai raja paling kacak, agung yang ke 13 untuk rakyat Malaysia, kemudian sekarang adalah turn sultan kedah, semoga baginda dapat memerintah rakyat dengan penuh amanah,

okey tu je nak update, Daulat Tuanku sultan yang di sayangi rakyat :) 
Setinggi Tahniah buatnya.

11/12/2011

berani-berani takot -,-`

Ya Allah Subahanallah fuh fuh tepuk dada tanya selera, nak makan ape? hahaha dah cukup, saja nak tutup cerita cover pasal tak update lah tu, okey-okey assalamualaikum, meh kite cerita sikit kite bukan tak nak update, tapi betul-betul tak sempat nak update, now nenek pulak sakit so ulang alih hospital johor, lepas tu penat. Kesian dengan my mum, ketabahannya di uji satu persatu, semoga syurga tempat nya, untuk abah jugak. :)

okey dah meh nak cerita berkaitan tajuk,errrr sebenarnye kite ade masalah kulit muka,kulit muka kite semakin hari semakin kusam, jerawat tumbuh tak kira masa, dah tak makan saman dah cakap banyak kali jangan keluar die keluar jugak, dak keluar tinggal kan kesan, kecewa bukan kepalang, hehehe

lepas tu selidik punya selidik produk ade someone suggestkan i MARYKAY, mula-mula macam beratkan hati nak pakai,sebab kalau boleh tak nak manjakan muka dengan barang mahal, nanti die demand,

haaaa ni full set yang i tengah try,okey untuk 3 hari yang dah berlalu ni muka memang rasa lain sangat, kurang berminyak dan macam tegang je, so far buat masa nk macam okey so nanti i review lepas dah sebulan ke ek, actly kan boleh tak sape-sape yg baca and pernah guna bagi feedback tentang produk ni, heeee

okey lah thanks for reading blog kusam ni, Love you all :)