05/10/2011

perginya seorang insan yang tersayang.

assalalamualaikum,

2 october akan menjadi tarikh yang paling indah buat kami sekeluarga kerana dilahirkan seorang insan yang bernama samsiah bt ahmad untuk berada di bumi ini dan memegang amanah 3 orang cahaya mata, dan 2 october jugalah perginya seorang insan yang amat sy sayangi iaitu MOKHTAR BIN MAHAD,

tak terdaya rasanya untuk menaip setiap jalan cerita tapi akan ku semadikan semua ini sebagai dairi selama-lamanya, abah pergi pada jam 1.15 tengahari di hospital tengku ampuan afzan kuantan. Semua yang berlaku bagaikan mimpi,

pada mulanya mereka ke kelantan untuk hantar adik ke uitm macang di kelantan,dah selesai urusan mendaftar abah mula kan perjalan dalam pukul 8 pagi pada hari rabu dengan niat nak sampai awal di johor, tapi takdir telah tertulis untuk tayar pancit di setiu bila dah pancit lambat lah untuk cari workshop sampai lah ke kuala terengganu hanya menggunakan tayar spare,

sampai di kuala terengganu untuk selesaikan semua tayar kereta yang bermasalah masa berjalan dengan bergitu pantas,dah abah membuat keputusan untuk tidur di kuantan atas sebab dah terlalu letih untuk teruskan ke johor, tiba abah di kuantan kami terus ke penginapan,masa malam tu abah lah orang paling gembira dan orang yang paling banyak bercerita walaupun keadaan dah nampak lemah, malam tu abah dah mula rasa sakit dada, tak sangka keadaan menjadi teruk bila dah pukul 5,


kami terus ke HTAA dan dalam perjalanan untuk ke hospital abah pengsan, masa tu hanya Allah yang faham keadaan kami bertiga, sampai di emegncy doctr sahkan paru-paru abah dah mula penuh dengan air,doa memang tak pernah putus dari mulut kami, macam-macam perasaan yang kami rasakan, tp alhamdulilah masa tu Allah masih memberi nafas kepada abah,

masuk hari kedua abah di hospital doct sahkan abah terkena serangan jantung dan salah satu saluran jantung abah tersumbat dan terpaksa membuat pemedahan bagi memasukkan ballon dan memberi ruang untuk saluran darah, 4 jam berlalu doct keluar dan memberitahu pemedahan berjaya masa tu Allah yang kami cari sbb hanya Allah yang pegang segala-galanya,

sabtu pagi keadaan abah masih sama cuma ada perubahan sedikit demi sedikit dan petangnya abah sedar juga akhirnya, masa masuk jumpa abah pandang je semua abah cuba nak bercakap tapi tak ade sape dengar, and masa tu kami punya gembira memang tak terkata, kalau di benarkan masuk lama-lama nak aja kiteorang tidur dengan abah malam tu.

tapi kegembiraan kami berakhir pada hari ahad apabila kami masuk pada waktu melawat pukul 1 abah dah lemah, doct dah suruh ajar mengucap mak dalam keadaan hampir separuh pengsan cuba untuk mengajar abah mengucap dan akhirnya pada jam 1.15 petang abah pergi dengan tenang, bersama isteri dan anak-anak tersayang,

rebah kebumi kami semua bila dapat tau abah dah tak ade,tp semua orang cakap abah pergi dengan keadaan tenang, senyum je.. jenazah di bawa pulang dari kuantan ke kluang masa sampai di kluang yaAllah orang yang datang penuh sangat-sangat, sayu sangat tengok, alhamdulillah abang sendiri yang dapat urusakan segala-galanya,


kami semua cuba tabah menerima kenyataan ini, bergitu indah susunan Allah S.W.T dari awal hingga akhir,

"abah akak dah janji dengan abah akak akan jadi anak yang baik untuk abah, and akak tak akan biarkan abah tanpa apa-apa di sana, setiap amalan akak hanya untuk abah"

al-Fatihah untuk arwah Mokhtar Bin Mahad,

26/09/2011

setiap pertemuan ada perpisahan

assalamualaikum, hai sihat? sejak-sejak susah online ni susah lah nak mengupdate. heeee ok malas nak cerita panjang,mood pun suam-suam kuku je kan, kang membebel panjang-panjang terus mengarut.


betul kata pepatah setiap pertemuan pasti ada perpisahan,  tak kesah lah lama ke kejap ke ending pertemuan mesti dengan perpisahan, sedih sangat i dah bersama dengan si dia dekat bertahun lamanya, tiba masa dia buat perangai,



sebelum ni pernah jugak berlaku benda yang sama,tapi i ignore, i malas nak fikir-fikir sangat then i cari lain,sekarang ni benda yang sama berulang kembali apa yang i nak buat semua tak boleh semua tergangu,pelajaran i assigment i jangan cakap semuanya tertangguh gara-gara dia,



ramai kawan-kawan i cakap dia memang tak elok tapi i tak percaya, bila dah kena pada diri sendiri baru rasa menyesal, sekarang i dalam dilema samaada masih nak teruskan bersama atau cari yang lain, ingat senang ke nak cari yang lain :(


huhhhhh sekarang i hanya mampu berdoa agar laptop i kembali pulih, tak kan sampai bila-bila nak mengharapkan belah kasihan orang bila nak online kan, hadoi laptop-laptop :(

19/09/2011

duit bukan segalanya,tapi segalanya memerlukan duit ;D

hohhhh fuh fuh fuh hahahaala benda yang sama alasan tak ade masa bla bla bla.....ouhhh ke sana ke sini dengan cik syg ade masa, hahaha ehhh ape punya mukadimah ni, awal-awal nak membebel, heee ambik mood bebel kejap :)


assalamualaikum, heee sihat?okey nampak tajuk? sapa boros? ehhh bukan boroi tau, baca betul-betul so sape rasa boros boleh teruskkan and siapa rasa boroi boleh tutup, heee


okey now tak nak cerita sape boros banyak sape boros sikit so kite samekan semua je ehh heee kite ade tips ni,mahu?heee bagi yang kaki shopping yang rasa dah tak sanggup dengan perangai borosnye so cepat-cepat lah tamat kan riwayat boros, lama-lama akan makan diri sediri percaya lah,


so antara punca-punca anda menjadi boros antaranya ialah ;
-cash money terlalu banyak pada kite, cuba hadkan pengeluaran dekat atm, contohnya setiap kali keluar kita bawak 100 and bila dah beli keperluan yang dimahukan cuba elakkan diri untuk ke atm lagi :)


-bahagikan pembelanjaan anda contohnya had kan pembelian barang hanya beberapa ringgit setiap bulan. beli mengikut keperluan bukan kehendak.


-selain tu korang boleh menabung melalui ASB pada peringkat awal mungkit tak ada sesiapa yang merasai keberkesanannye tapi akhirnye kite sendiri yang akan menerima pulangan yang lumayan :)trust me.

- elakkan berkawan dengan si kaki shopping,percayalah fakta menyatakkan seseorang yang melihat orang lain membeli belah dengan tak sengajanya nafsu shopping nye jugak akan terbuka.

-and the last banyakkan sedekah, duit yang di sedekahkan itu nilainya tidak akan terputus, malah di gandakan nilainya :)







*okeyyy dah-dah nk kerek dengan ayat sendiri padahal i pun lebih kurang same boroi boros jugak.HAHAHA tp disebabkan dah mula buat tips bajet diri, alhamdulillah so far duit boleh simpan untuk kegunaan akan datang. hehehe

12/09/2011

Genting Highland ;D

assalamualaikum, ouhhhh no hehe 3,4,5,6,7,8,9,10,11 huhhhh berapa lama dah tak update, kire sendiri hehehe before ni brodband still berproblem, so tak dapat lah nak mengupdate, :(

so last day i dengan classmet i yang empat orang ni decide nak pegi genting highland, sebenarnye dah lama plan takdir yang dah menentukan hari tu dapat pegi, :) so entry kali ni layan gambar je lah okey. nak cepat ni, nak masak kang anak balik sekolah mak tengah update blog pulak hehehe okeyh tipu :)

so sebelum nak masuk meh ukur sikit meh, ehhhh punyalah tinggi i ni tk kan tk lepas masukkan, tak muat masuk sebab gemok mungkin. hehehe
so ni permainan first yang kiteorang terjah bukan i je kot, semua yang masuk pintu atas akan jumpa ni dulu, so terjah je lah hehehe

thanks to nurmusfirah ahmad :)


and choclacte factory :) ouhhhh no sangat-sangat colorful seyhhhh :) tengelam kami :)

berlatar belakangkan first world :)

eeeeeeeee dengan patung tk comey pun nak bergambar? harussssssss hehe :)


naik bot :) ehhh jakun kejap, dah lama tak naik bot hehe
dinosaur park :)


so dua gambar dekat atas tu dah macam kewajipan setiap mereka yang ke Genting Highland :) hehehe betul tak? sape cakap tak menipu :)


nampak kite tak? heeee kite bukan yang dekat atas ye, kite yang dekat bawah :)




okey setelah dah puas bermain kabus dah mula tebal, tangan dah mula kebas semua serbe tak kena so we all masuk dalam and jalan-jalan dekat indor pulak :)



muka dah mula nampak tak ade selera nak berjalan, hehehe kalau bawah berjuta-juta ni mau habis i keja kan :) gile banyak barang dalam indor ni :)
tibe-tibe terjumpa pulak mamat ni, heeeeee muka sgt menakutkan. :)
















and the last one :)
okeyyyyy thas all. see you next entry :) love you ;D

03/09/2011

raya dah terlambat.

hye asslamualaikum hyeee lamenye blog bercuti macam cuti raya je ka? heee sebab tu entry tajuk raya dah terlambat sebenarnye bukan i raya yang dah lambat tapi entry i yang lambat, ye lah girl raya-raya kena lah duduk dapur :)

so untuk tahun ni kami semua turn raya my mum side, di kluang je so tak lah meriah sangat tapi okey lah :) 
pagi raya sebelum ke rumah nenek we all ke pusara arwah atok dulu,and lepas tu terus ke rumah nenek :)


 sebelum balik ke melaka bergambar dulu, :)
 and first raya bersambung dekat melaka,


dekat melaka tak payah cerita sangat boleh? sebab raya dekat sana memang best. :D tapi yang tak bestnye cuti kejap,

and lastday birthday my sister,so we all celebrate lah sikit-sikit aunty-aunty i pun semua nak datang raya, so sekali jalan lah kan, sambil beraya sambil menyambut ;)
 blackflorest cake sponser by pakngah

 this i my mum side, :)
 and menu nye soto,mee sup and bihun sup.

tahun ni rumah i menu utama soto, heee hari-hari soto, my mum cakap senang sebab sediakan bahan banyak-banyak and lepas tu tinggal hidang-hidangkan je, sampai tak sempat masak kuah lagi, heee sebab bukan setakat orang datang je, i pun same kejap-kejap makan,orang datang kang makan jugak. hahaha 
cucu last for my mum side :)
see you next entry :) love you.