23/02/2012

Review adnan sempit 2

Assalamualaikum,hyeee bukan nk review sangat pun, cuma nak bagi bintang dekat filem adnan sempit, huhu memang sangat-sangat best, pecah perut ketawa, hahaha




Poster macam tak banyak berubahkan? Macam yang lama di edit semula, hehe itu bukan penghalang sebab nak tengok filem die bukan poster die, heee so lepas habis kelas tadi usahakan diri keluar sekejap nak tengok adnan sempit punye pasal, hehehe




Haaaaa dalam wayang tu dah macam hari student menontong wayang dah, hehehe sebab ramai lah jugak dalam tu,

So jalan cerita penuh dengan lawak, so tak bosan lah, sy bagi 9 bintang, lagi satu bintang sy bagi dekat cik sayang, hahaha sebab die main game tak score, so bagi 1 je bintang, :)





Games games games ;)







BIG boos pilih makan. Hehehe

Okey lah nanti update lagi,love you all :)



- Posted using BlogPress from my iPad

17/02/2012

Fakta untuk wanita :)







Assalamualaikum,eh awal-awal dah mukadimah muka sendiri,hehe bukan ape hari ni saje je nak kongsi beberapa fakta yang boleh dikatakan 99.9% adalah benar, :)

~Lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

~Menurut carian Google, seramai 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karana kanser payudara pada tahun 1990.

~Kajian diserata dunia menunjukkan, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

~Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

~Satu per empat wanita gagap semasa bercakap.

~Wanita lebih lama berada didalam tandas berbanding lelaki.

~Purata bibir wanita diseluruh dunia lebih besar berbanding lelaki.

~Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar peluh yang berbau berbanding lelaki.

~Rata-rata wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam.

~Kebanyakkan bayi perempuan lebih cepat pandai bercakap dan berjalan berbanding bayi lelaki.

Haaa tu diaaaa, kalau nak ikutkan memeng macam betul semuanye :) heee so nti bila-bila i free i update fakta pasal lelaki pulak okey :) kena kaji ni hehehe
Okey lah love you all :)
- Posted using BlogPress from my iPad

16/02/2012

Kesihatan dah mula terjejas :(


Ouhhhh no dah lama sangat rasanya tak update blog atas sebab-sebab nak kejar masa,kerja jangan cakap lah,so hasil daripada banyak kerja adalah,





Seluruh badan lengguh sampai tulang belakang jadi mangsa, mudah-mudahaan tak ada ape-ape yang teruk,amin
So nanti ade mase i update lagi ye. Love you all.
- Posted using BlogPress from my iPad

27/01/2012

selagi boleh makan :)

Heyyyy assalamualaikum, haaa macam biasa lah kan alasan tak update sebab tak ade mase,name je tengah cuti tapi masa berjalan bukan main laju, tengok-dah nak sampai masa kena balik kuantan,haihhhh mengeluh lagi,



Haaa duduk rumah asyik-asyik menternak lemak yang sedia ade dah banyak ni kan, hahahah tapi ternak hari best, secara percuma ade orang nak belanja kenny rogers so ape lagi siap sedia lah kan :)





so mari kita tengok siapa yang membesar dengan jaya nya :)

22/01/2012

review filem Bujang Terlajak belum telanjur


Hye assalamualaikum, okey tk payah nk cerita banyak, semua org tau sy ni memang bukan bloger tegar. Hehe so hari ni just nak buat review cerita “Bujang terlajak,belum telanjur” heeeee
 
Haaa nampak tarikh? Dah lama bukan? Ahhh nak jugak cerita. Hahaha so jom layan review cerita ni.



Sinopsis :
Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?


* Kalau nak ikutkan jalan cerita memang jalan cerita biasa je sebab macam yang kita tau Prof suka buat satu filem yang berkisar tentang kehidupan orang kita.  So sebelum tengok saya dah dapat rasa yang filem ni akan ada jalan cerita yang sama.
* jalan cerita simple tapi bila tambah dengan lawak johan, nabil dengan apek cerita terus jadi luar biasa, hehehe
So sape yang tak tengok lagi sila-sila lah tengok, tak rugi. :)

Okeyyy lah see you next entry :)