Hye assalamualaikum, sihat? Okey terus kepada tajuk asal lah
eh? bukan nak tazkirah tapi mungkin entry ni sedikit sebanyak dapat member info
kepada sesiapa yang tak tahu.
Okey kadang-kadang ramai yang ragu-ragu terutamanya wanita,
kadang-kadang kite tertanya boleh ke waktu haid pergi kubur? Jawapannya boleh,
ini kerana dalam keadaan menziarahi kubur seseorang itu tidak disyariatkan suci
dari hadas kecil mahu pun besar dan hukum seorang wanita itu pergi ke kubur
adalah harus dimana ia tidak melanggar batas-batas syariat islam.
Antara hari yang disunatkam untuk pergi ke kubur pula ialah
pada hari jumaat, ini kerana pada hari jumaat roh-roh orang yang meninggal itu
pergi ke kubur masing-masing dari waktu asar pada hari khamis sehinggalah ke waktu
pagi hari sabtu.
Dah pergi ke kubur ada juga adab-adab yang kita kena patuhi
supaya menghormati si mati itu
-Memberikan salam kepada mereka sama ada dalam
keadaan berdiri atau pun duduk dan mata memandang kearah bahagian kepala si
mati.
-Membaca al-fatihah dan seterusnya mendoakannya.
-Sentiasa menjaga aurat bagi perempuan mahu pun
lelaki.
-Tidak menceritakan keaiban si mati di pusaranya.
Dan antara perkara yang makruh ialah
-
Duduk diatas pusaranya ini kerana bagi
menghormati si mati itu
-
Melangkah kubur dan akan menjadi haram sekiranya
tapak kasut orang yang menziarahi itu terdapat najis.
-Makan dan minum juga di anggap makruh kerana
tidak menghormati keadaan sekeliling.
Okey lah tu je info yang dapat di kongsikan, walaupun jarang
dapat ke pusara abah tapi sy tetap doa untuknya sesungguhnya anak-anak yang
tidak mendoakan ibu bapa nye setelah selesai solat maka ia tergolong dikalangan
anak yang derhaka, nauzubillah.
9 comments:
nice sharing.. tentang gambar tu ramai gak tengok orang pi kubur sekarang macam nak pi shopping komplek.. amik tudung letak atas kepala tu syarat je bukan nak tutup aurat betul2
terima kasih perkongsian ilmu ini..
tq.. :)
Pendamba Mawar: yup nak2 waktu raya. datang like datin2 gitu,
fieda : sama-sama, insyaAllah dapat di amalkan.
cik sakdi : :) thanks for reading.
thx for d info..=))
Myzatul FarahinSatimin : welcome :)
Good one.
Post a Comment