05/06/2012

kek coklat ala-ala budak tak tau masak ;)

assalamualaikum, hye org cuti sekolah kite pun cuti, org holiday kite duduk rumah jem heeee,so duduk rumah banyaknya program membesarkan badan, hai dah mula kecewa dengan diri sendiri yang makan tak henti-henti nih, hahaha so semalam buat kek, kek ape? mcm biasa lahkan kek coklat, hehehe

 mula2 bancuh tepung dengan air sejuk dari peti,


kemudian,
 masukkan kedalam loyang yang di sapu dengan mentega dan tepung,


kemudian kukus :)





lepas tu bancuh cream chess :) dan sapu kan mengikut kreativiti, tk kreatif kan saya? :(




dan bancuh toping pulak :)






siap!!! comotkan? hehehe ;D buat kek ni kena ade mood sebenarnye, kalau tak ni lah jadi nye :(




rasa pun kurang memuaskan :(
siap, semudah ABC, hahaha mmg lah mudah beli tepung dah siap sukat, tinggal kukus,gril,panggang,kukus grill panggang, kukussss bancuh je. hehe

03/06/2012

Selamat Pengantin Baru ;D

assalamualaikum, hye lamenye tak update, hurmmmm lappy buat hal, apa pun tak boleh, so hari ni nak update cerita basi, hahaha tak basi sangatlah kan, tk kira nak cerita jugak, hehe so last week telah bertukarnya status 'abg apis' and 'kak dila' hehe alhamdulillah dorg selamat diijab kabulakn dengan sekali lafaz :)


ehhh ini bukan pengantin, tp awal2 dah lorat nk letak gamba sendiri, hehehehe



 okey yang bawah ni baru pengantin, hehehe selamat pengantin baru buat kamu berdua,semoga cepat dapat baby and kekal hingga akhir hayat :)


pengantin dan pasangannye hehehe :) yang mana pengantin lelaki nih? hahaha nih ambik berkat pengantin melampau sgt ni, hehehe siap ade feel lg.


 and gambar yang bawah masing-masing mengambil berkat :) muahahahaha






 cantik kan pengantin perempuan :)



 tiga-tiga bernama 'HAFIZ' hanya seorang belum berkahwin muahahahaha :)




barisan anak dara hehehe :)

kes nak berkat terlebih :) cehceh haha









and paling nak berkat, hahaha













tadaaaaaaaa :)


;') berjumpa di lain entry insyaAllah....

24/04/2012

lapangkan otak yang sempit ;)



hye assalamualaikum, yeah tamat pun akhirnya final, lega lah rasa sebab dapat rehat kan otak ni, dah berapa kali dah otak cakap penat, kesian die, huuu so bila dah habis final family i datang kat kuantan nak ambik i, nak hantar barang balik rumah separuh-separuh, nanti dah habis tak lah banyak sangat barang nak bawak balik.

sampai kuantan terus check in dekat hotel, so jom view-view gambar je lah, malas nak taip ;) 




 dah sampai ;)





kiteorang pilih bilik yang bawah sekali depan dengan pantai, sebelum pantai jumpa kolam, makanye kolam tu milik kiteorang lah kan ;)








masuk-masuk jumpa peti ajaib ni, haha bukak dalam kosong je, kot-kot dah ade emas ke ;)
 gambar sebelum


 gambar selepas, *hahaha gile bersepah dikejakan ;)











so lepas dah rehat-rehatkan diri turun pantai petang tu, sangat-sangat cantik okey view dari sini, ;) 







 haaaa tu lah antara gambar-gambar yang dapat di snap ;) so nice sape-sape yang ade plan nak ke kuantan boleh lah tidur dekat Hyatt ni, harga pun berpatutan dengan suasana :)


antara gambar-gambar yang lain terpaksa di sorokkan atas sebab-sebab tertentu, lagi pun nak view suasana je kan? hehehe ;)













and the last one

*kolam milik die lah kan sebab tak ramai orang, ;)
jumpa lagi, insyaAllah :) love you all.

19/04/2012

'selamat hari jadi saya' hehehe

hye assalamualaikum, hee dah lama tak update, sekarang tengah membusy kan diri dengan final exam, so ade masa sekejap-sekejap lebih banyak di luangkan untuk mengemas barang-barang nak di bawak balik setelah habis final nanti :) heeee belum habis dah kemas, nampak tak? tak sabar kan? hehehe :)


today is my birthday, apa-apa pun nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua yang wish dekat facebook, henset, call, datang rumah wish :) dekat *radio pun ade, huh terharu sangat, so semalam tengah-tengah malam membe i yang dua orang ni mesej mintak meggi, mase ni i dah tak sedap ala ni mesti nak prank i ni, tapi i takde meggi, bile replay takde die text pulak "turun kejap" ouhhhh datang je rumah tengok belakang kiri kanan macam perompak, serious malas kalau kena tepung-tepung ni, tapi i silap, heeee dua orang budak comel ni nak wish birthday i, and bagi i coklat,

yeahhhh tak seberapa katenye, banyak lah die punye tak seberapa, fav i tu coklat. :) thanks are and fyra,comel rama-rama tu :)


and tengahhari tadi cik syg pun text ajak keluar makan, so kiteorang celebrate dekat Kenny Rogers je,


heee kek birthday syg katenye, :)

i lebih suka ambik buah banyak :)
 fuhhhh malunye, eye bag tu :'(


 
 bila nak ambik gamba "taknak taknak" tapi pandang jugak, hehehehe

makan cepat-cepat lepas tu bila dah habis mengadap game, borak lah ape-ape, macam borak dengan sudu, sebab die dah jumpa game. hahaha




and big thanks to my dear














heeeee hadiah from cintahati :) *blusing :)


so, lepas makan tengok movie kejap layang movie 'UNCLE USIN'

 siape yang dah tengok jugak? sape belum okay tak payah pegi! sumpah menyesal, langsung tak best okey, serious, so sebab tak best malas nak buat review, kesian gila dekat penerbit, bayar artis mahal, tapi filem tak letop, baek die panggil i, eheh :)




and the last one :)









<3

nanti jumpa lg next entry ye :) love you all.

22/03/2012

atasi masalah senggugut.

hye assalamualaikum, :) haa siapa tahu apa tu senggugut? bukan sesunggut ye, yup period pain. sesetengah wanita akan mengalami senggugut dan ade sesetengah tak, so bertuah pada yang tak rasa tu, ye lah bukan nak mengeluh tapi rasa die fuhhhh sakit sangat,


okey senggugut biasanya terjadi apabila
  • Endometriosis dimana sel serupa yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan rasa sakit.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.
cara nak atasi sangat mudah,
  • Kurangkan minuman bergas 14hari sebelum menghampiri tarikh kitaran haid.
  • Kerapkan bersenam supaya rahim lebih sihat.
  • Tuamkan dengan kain panas supaya pejalanan darah lebih mudah.
  • Ambil ubat seperti panadol atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit, *ambil sekiranya perlu sahaja.
so tu lah beberapa tips yang dapat dikongsikan :)

jumpa di entry akan datang :) Love You All