04/03/2011

setiap masalah ada penyelesaiannya ;DD

hye sangatlah merindu nak berbeloging tapi apakan daya masa tak mengizinkan,sekarang baru dapat keizinan untuk menulis,sebelum ni i pegi berperang,taklah jauh sangat,dalam dewan peperiksaan je,so far paper kurang memuaskan,sebab dia ialah bila i study last minute and one more bila ape tahu?bila ade ex boyfriend pun same duduk dalam dewan,kenapa mesti nak ade die,sakit jiwa je tau,mau tak goyang,nak-nak die sengaja pakai baju yang i pernah bagi masa birthday die dulu,

ouhhh okeyyyy dah buat apa nak kenang-kenang,kang sia-sia jadi jefry din (kenanganku kepada mu bla b la bla) alaaa bukan meroyan tapi tergugat jugak,tipulah kalau youall yang pernah ada ex boyfriend or ex girlfriend tak kesah la berapa banyak pun,lepas tu dia main lalu-lalang depan youall, HUHUHU

okeyyy okeyyy kali ni dah betul-betul abis,so harapan lepas ni dah taknak sia-siakan belog yang ade ni ;)

sebenarnya i ade benda nak cerita tapi awal-awal i mintak maaf kalau ada siapa-siapa diantara pembaca i yang ada masalah yang sama macam ni, okeyyy the problem is mulut berbau,hari ni i naik bas lambat cepat express,and hari ni boleh tahan la ramai student yang naik,selalunya i akan naik bersama-sama bangla or indon yang tak de arah tuju,berhenti dekat tepi-tepi hutan tu, tak tau lah kalau dia ada rumah dalam hutan ke T__T

stop it kembali pada masalah yang i nak kongsi,so masa i naik bas tiba-tiba ade sorang lelaki kurang hensome die dari cik syg,haha okeyyy die duduk sebelah i,mula-mula tak borak sebab bila dia duduk je sebelah i,i pun mula pasang hearphone cover nervous HAHAHA so sampai gambang i ada dengar orang cakap,so i pun toleh okey die memang cakap dengan i,i pun cabut hearphone and cakap yahhhh ape?die pun ulang lagi sekali "nak balik mana?" ouhhh i ni salah naik bas ke kan bas just nak balik kluang so kenapa tanya lagi,ni bas bukan lalu puduraya punya la, so lepas i jawap dia tanya lagi "belajar lagi ke?" okeyyyy masa tu i dah tak selesa nak berborak sebab bau mulut die,perghhhhhh buat kan i rasa nak turun je bas and balik joho jalan kaki.

kadang-kadang kesian kan ada segelintir yang mengalami macam nie, so antara punca-puncanya ialah :

bacteria

bakteria antara punca utama bau nafas. adakah kita menggosok gigi sebelum tidur? menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah bau mulut. Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan. Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Justeru, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

mulut kering

air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. bagaimanapun, pengeluaran air liur ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat yang diambil dalam masa terdekat.

titisan ubat hidung

lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang / mengatasi masalah nafas berbau

diet

biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.

pengeluaran hormon

biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.

jenis makanan

makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.

so untuk cuba mengatasi masalahnye Selain menggosok gigi, gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik. Selain itu, youall boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah. melakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini. misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti epal dapat 'menggosok' lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria anaerobik. jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar. Doktor akan memastikan tahap masalah you all dan menentukan jenis rawatan sesuai. Seandainya youall ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut, rujuk pakar atau pembantu farmasi. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

so pastikan penafasan youall tak berbau agar tak menjatuhkan identity diri anda yang sering nampak kemas,bergaya dari jauh :)

love you all :) see you.

6 comments:

Ariffin Janal said...

hahahaha jadi pakar mulut plak hariniiiiii

sumaiyah mokhtar said...

HAHAHAHA siot kau, :)

gadishatikaca said...

wahhhh ubat2 xda jual :)

sumaiyah mokhtar said...

ade,nanti update jual ubat gigi lak ye :D

tomato said...

hahaha betol tu laling..muke dah ensem, lawo terbaik la..tetibe ade bau pulak..err sgt tak sukak ! huhu

sumaiyah mokhtar said...

huhuhuhu betul2 punca yang merosak kan segala-galanye :)