29/04/2011

situasi yang harus dijauhi :)

Jauhkan diri dari perkara-perkara berikut demi menjaga sesebuah hubungan :)

Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka,tetapi pada hakikatnya bila si pasangan sudah mengetahui perkara sebenar apakah kesudahannya?

Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

14 comments:

Anis Zafirah said...

Setuju sangatlah patik dengan entry ni~aww, datang dari blogger J :)

nelly said...

memang patut kena jauhkan ~

z a z a said...

ehem ehem.. ade makne tuuu. ohok ohok.. jgn lupe ajak zaza klu nak buat nasi minyak. hik hik

sumaiyah mokhtar said...

Anis Zafirah : huhuhu thanks yah :)

sumaiyah mokhtar said...

nelly : huhuhu jauh2 tau hujung dunia :)

sumaiyah mokhtar said...

z a z a : ouhhhhh tidak, lame lg, hehehe

nelly said...

haha ..kasi smpai tak nmpk ~

www.fierapirot.bolgspot.com said...

betul tu..perkare-perkare tu yg boleh buat hubungan tu xkekal..=) singgah and follow u ..kite same umola awak..=)

sumaiyah mokhtar said...

nelly huhu harus :)

sumaiyah mokhtar said...

fierapirot : hehehe yah? tp you npk lebih muda :)

Ummu Khaulah Hasan said...

sangat la bagus entry ini ;)

singgah sini dan melaporkan diri sebagai follower awak yang ke 151 ;)

wish u luck, ea ;)

kalau sudi, jemput la datang blog kite yang tak seberapa tu..

kalau sudi lagi, jemput la folow2 jugak..
kalau sudi laa..
hehe ;)

nice blog, cantek tuan blog ni ;)

sumaiyah mokhtar said...

Ummu Khaulah Hasan ; huhuhu i dah follow da, thanks yah, btw you more than comel lah, i double like :)

Ummu Ukasyah said...

Assalammualaikum.. jom join..

http://norintan-mamachia.blogspot.com/2011/04/jom-joint-mamachia-1st-give-away.html

sumaiyah mokhtar said...

ummu ukasyah : thnks yah :)