Heyyyy assalamualaikum,
Bulan2 mulia ni bukan nak ajak bergosip atau mengumpat ye, cuma nak kongsi kisah penjaga gol terhandal Malaysia tu KFCM. Dah berapa hari berturut2 paper metro mengisahkan cerita mereka, lepas jejariruncing buat pengakuan esoknya si kfcm pulak.
Banyak dugaan yg mereka hadapi,pulak sekarang ade pulak manusia yg tak berpuas hati pada kaka jejariruncing sehinggalah wujudnya PAGE INI!
Lepas dari tu pulak wujud pulak seseorg yang mengaku dirinye bekas kekasih cik elia tu, so mari kita baca
Aku pernah mempunyai hubungan dengan Elia 4 tahun yang lepas. Orangnya baik tetapi jenis suka mencapub. Mengenai Ezrin akak kepada Elia, perangainya dari dulu tetap tak berubah. Aku putus cinta dengan Elia pun disebabkan akaknya yang memburukkan serta hasut Elia supaya membenci aku. Disebabkan Elia percaya, dia telah tinggalkan aku.
Selepas aku ditinggalkan, Elia masih menuduh aku sebagai manusia yang tak pernah berubah. Elia juga telah post di wall Facebook mengenai perangai aku. Dan melalui private message, Elia menjanjikan pada aku apabila aku berubah kelak dia akan kembali pada aku.
Selama dua tahun aku menunggu, dia membuat aku mengejarnya seperti aku seorang lelaki yang tiada maruah. Aku tetap menunggu sehingga dia sudah tidak mahu berhubungan dengan aku lagi dan ketika itu hanya kutukan yang dilemparkan pada aku.
Ayat terakhir aku kepadanya sebelum kami betul-betul berpisah sangat jelas diingatan, “Aimie, satu masa nanti apabila you berada di tempat I sekarang, you akan tahu apa rasanya dibuat macam ni.
Dan masa tu, you akan tahu, macam mana tinggi antara langit dan bumi ni.”
Aku sangat berkecil hati dengan apa yang Elia pernah cakap pada aku dulu. Dan masih jelas bagaimana aku dilayan seperti orang tiada maruah oleh beberapa ahli keluarganya. Aku dihina ketika aku bertandang ke rumahnya untuk berhari raya pada tahun 2006.
I bukan hendak menyalahkan you Aimie, tapi tidakkah pernah you terfikir apa yang terjadi sekarang sedikit sebanyak mencerminkan apa yang telah you lakukan dulu? Tiada manusia sempurna, tapi you selalu merasakan yang you adalah sempurna. Lagi-lagi akak you yang tak sedar diri tu.
Walaupun perkara itu buat aku kecil hati sehingga sekarang tetapi Alhamdulillah kini hidup aku lebih baik. Kalau you baca cerita ni, I tahu you tahu siapa I. Dan I memang mahu you tahu beginilah rasa sakit apabila ditinggalkan lebih-lebih lagi orang itu ialah orang yang paling kita sayangi. Sebagai orang yang pernah mengenali kamu satu ketika dulu, aku harap kau dapat bersabar dan next time beragak-agaklah dalam membuat keputusan.
So mcm tu la pengakuan bekas kekasihnyeeee, haihhhh kesian nyeee mereka nk hadapi semua ni kan,okeyyy la see next entry LOVE YOU ALL ;)
13 comments:
Hailaa -- Mcm2 ;D
macam macam kan? hanya mereka saje yang tahu perkara sebenar :)
btw, happy ramadhan :)
makin ramai masuk campur...tak tau mana yang betul :)
Salam Sumaiyah...
Sis tak pernah kenal siap itu jejariruncing sehingga Sumaiyah bercerita pasal dia.... :)
mngkin tu la blasan tuk elia.. pape pun xpyah la kot smpai nk buat page anti org tu.. mcm mlmpau plak..
ni yg mls bcinta ni..hahaha
Nurnajwa : hehehe lumrah hidup :)
eyzasyahirah : takdir :)
Aisyah Aina : hurmmmmm satu hari akan terbukti jugak.
SiS NaD : hehehe die tu adelah bekas tunang KFCM :)
Farhana Jafri : yup betul, tp setiap perbuatan tengah marah mmg tak dapat di kawal.
zulhilmi.tempoyak : ehhhhh mcm artis pulak. hehehe
MCM² je kan. ex-bf pun nk tumpang glamer kot..hehe
Post a Comment