27/12/2011

Tips kurus yang mungkin berkesan :)

hey assalamualaikum, tiba-tiba datang satu idea untuk di kongsikan bersama, mana tau bermanfaat ke, boleh kita sama-sama kurus, acecehhhh orang semua dah cantik selim melim kau je gemok tak sudah sumaiyah! -,- okey mari teruskan sy ada beberapa cadangan yang nak di kongsikan,

heee seperti yang anda semua maklum, nak kurus ni bukan senang ye, baru nak diet teringat mcdonal, teringat subway, kejap kang teringat indulgence ehhhh macam aku sorang je yang macam tu, heee betul tak cara tanya orang-orang yang amalkan diet, ya Allah cobaan nye banyak, :)

okey so di sebab kan setiap kali nak diet teringat benda-banda tu semua so untuk mengelakkan keinginan untuk makanan-makanan tu semua kite kerja lah jual nasi lemak pagi-pagi, pstu tengahhari masuk keja mcdonal, malam kang keja PHD, hehehe kenapa kena kerja sana? haaa nk cerita la ni,

dulu kite ade sorang membe keja dekat mcdonal, then kite pernah cakap dekat die "best lahhhh kau hari-hari dapat makan mcd" nak tau die jawap ape, die kata "alaaa kau nampak best, aku yang dah menghadap benda-benda ni tiap-tiap hari naik muak tau"

muak? so bila dah muak dah tak nak la kan? hahahahaha so bila kite dah kerja pagi-pagi jual nasi lemak hari-hari makan nasi lemak mesti dah tak nak kan? macam tu jugak mcd, hehehe so kepada sape yang rasa nak mula diet tu yang tak boleh tahan nafsu makanan yang agak berlemak sila lah berkerja selama seminggu untuk mendapatkan rasa muak pada makanan tu :)

akibat terlampau tak muak dengan mcd ;)
hehehehe dah merepek dahhhhh k BYE, love you all :)

26/12/2011

miss you you you you

I miss youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Bila lah boleh balik.....duduk kuantan sgt-sgt bosan, tak ade yang best,my mum is the best,Ya Allah panjangkan kasih syg kami sekeluarga,sesungguhnya kami masih memerlukannya, aminnnnnn

Assalamualaikum :(

25/12/2011

YES! :D

Assalamualaikum
Year End Sale kali ni fuhhhhh sangat memikat hati, hehe semua org dah habis shopping dah, kite je lambat, kan? so semalam keluar jalan-jalan dengan classmate,fuh orang macam orang! ehhh bukan, orang bukan main ramai lagi, yelah dah nak musim perayaan kan? ade cina yang dah mula beli baju raya sikit-sikit, tambah pulak dengan budak-budak yang dah nak naik sekolah,

Heeee so semalam kite dah dapat idaman kelabu,ehhh kalau idaman kelabu mesti warna kelabu, so ini idaman kalbu ;D dah lama idamkan, dah lama survey harga, so semalam keringkan hati utk beli, yelah kalau nk ikut membazir agak membazirlah kan, heeee


hehe so ni lah idaman kite yang dah menjadi kenyataa, alhamdulillah ade rezeki Allah bagi, heeee and kite ada grab satu lagi item, hehehe disebabkan ade less lah kite ambik,


 hehehe dua-dua item warna pink kn? heee secara tak sengaja je boleh terbeli dua-dua pink,sebab i bukan pencinta pink pun, ape-ape colour pun boleh asalkan cantik mata memandang ;D

okey lah selamat bercuti pada yang bercuti,yang tak cuti nanti cuti lah kan? hehehe
LOVE you all.

13/12/2011

Main masak-masak lagi ;D

hye assalamualaikum,okey mungkin beblog ni pun mungkin ade mood, mood baik ade je nak update, alaaa update tak seberapa je asalkan ade, jangan biar di seluputi dengan abuk, hehehehe :)

so nak cerita pasal rumah. kenapa rumah? sebab hari ni last duduk rumah, arghhhhh kena balik kuantan lepas ni, dan menjadi pelajar seperti hari tu, dah cuti sebulan nak cari semangat naik sem baru ni susah tahu,

okey dah la malas nak cerita, yang akan datang biar je dia datang, heeee so semalam malam fikir nak masak ape, lepas tu tiba-tiba datang idea, sejak-sejak dah jadi mr mama dekat rumah kan? heee


heee kite masak ayam paprik, heee nak share resepi boleh? heee ala tak pandai sangat pun :)
so BAHAN-BAHAN nya(utk 5 orang makan)
 Ayam 4-5 ketul(dipotong kecil-kecil)
3 biji bawang kecil (di tumbuk)
2biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji cili api(ditumbuk) *kalau nak pedas lagi lebihkan
bawang besar (di hiris)
1 biji tomato
1 limau kasturi
1 btg serai (diketuk)
3 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
4 sudu besar sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
kacang panjang
kobis
karot
baby jagung
garam

okey step masak pulak :
  1. mula-mula goreng ayam dengan kunyit dan sedikit garam, goreng separuh masak,
  2. panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi
  3. setelah naik bau, masukkan sos,cili sos,sos tiram dan kicap,masukkan karot dan kacang panjang dan letakkan sedikit air supaya tidak bergitu pekat,
  4. kemudian masukkan jagung,dan kobis serta masukkan serai dan daun limau
  5. akhir sekali masukkan ayam, gaul sehingga rata dan tunggu sehingga 3-5  minit,
 Siapppppp ;D senang kan? okeyyyy love you :)
boleh tak nk letak gambar tukang masak, acecehhhhhh hehehehe ;D
eheh ngade noooooo nk letak gambar besau-besau ;D
byebye


12/12/2011

Daulat Tuanku

Alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya dah 5 tahun pemerintahan Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada malaysia, baginda pernah di martabatkan sebagai raja paling kacak, agung yang ke 13 untuk rakyat Malaysia, kemudian sekarang adalah turn sultan kedah, semoga baginda dapat memerintah rakyat dengan penuh amanah,

okey tu je nak update, Daulat Tuanku sultan yang di sayangi rakyat :) 
Setinggi Tahniah buatnya.

11/12/2011

berani-berani takot -,-`

Ya Allah Subahanallah fuh fuh tepuk dada tanya selera, nak makan ape? hahaha dah cukup, saja nak tutup cerita cover pasal tak update lah tu, okey-okey assalamualaikum, meh kite cerita sikit kite bukan tak nak update, tapi betul-betul tak sempat nak update, now nenek pulak sakit so ulang alih hospital johor, lepas tu penat. Kesian dengan my mum, ketabahannya di uji satu persatu, semoga syurga tempat nya, untuk abah jugak. :)

okey dah meh nak cerita berkaitan tajuk,errrr sebenarnye kite ade masalah kulit muka,kulit muka kite semakin hari semakin kusam, jerawat tumbuh tak kira masa, dah tak makan saman dah cakap banyak kali jangan keluar die keluar jugak, dak keluar tinggal kan kesan, kecewa bukan kepalang, hehehe

lepas tu selidik punya selidik produk ade someone suggestkan i MARYKAY, mula-mula macam beratkan hati nak pakai,sebab kalau boleh tak nak manjakan muka dengan barang mahal, nanti die demand,

haaaa ni full set yang i tengah try,okey untuk 3 hari yang dah berlalu ni muka memang rasa lain sangat, kurang berminyak dan macam tegang je, so far buat masa nk macam okey so nanti i review lepas dah sebulan ke ek, actly kan boleh tak sape-sape yg baca and pernah guna bagi feedback tentang produk ni, heeee

okey lah thanks for reading blog kusam ni, Love you all :)

22/11/2011

tyra's birthday ;D


 hye assalamualaikum, okey last last last day, hehehe saje nak tunjuk yang cerita dah lepas baru nak update, serious memang busy gile-gile eleh busy ape tak tau, so hari ni pun nak update sikit-sikit je aktiviti dekat melaka,so hari ahad hari tu birthday ank sedara i yang ke 2 tahun, heee mari layan gambar je lah eh? :)
 

ATIRAH birthday, heee hasil tangan i sendiri, last minit so simple-simple je lah :)

 antara menu yang ada,and kek memang superb sedap gile :)



ni lah birthday girl yang meragam di hari bahagianye, hehehe ape pun tak boleh budak ni, punya traning tiup lilin last-last tak jadi jugak, hehehe nak ambik gambar lagi lah jangan cakap, macam-macam teknik yang i guna,tak jalan jugak, hehe so tak de lah snap banyak sgt gambar die.

tak sudah-sudah peace yoooo!
 heeee antara gambar yang dapat snap tu pun sampai i terpusing-pusing kejar die, hurmmmm so nampaknye betukar lah kepada model yang bawah,


haaaa kan? suruh buat ape je pun die buat :)

 so bila birthday girl dah mula serba tak kena so model-modelnye semua harus berubah hahahaha :) lebih banyak gambar orang lain dari birthday girl,




and the last one,

nampak? orang lain bersungguh-sungguh pakai baju cantik-cantik nak snap picture, yang mamat sorang ni boleh dengan baju tidur die je, hehehe so nampak kan perempun lebih mementingkan kecantikan, ;)

okey lah see you next entry, love you all :)








18/11/2011

`selamat bercuti` ;D

hye assalamualaikum, heee hari ni curi masa sikit nak update, ye la lagi cuti lagi busy :) alhamdulilah semua final untuk sem ni dah selesai, mudah-mudahan dapat yang terbaik :) kite dah mula cuti dah, heee seronok bukan main, so untuk cuti kali ni akan di nikmati sepuas yang mampu, walaupun sebulan tetap bersyukur, masa ni lah ada cuti, nanti dah keja ade orang baji cuti? ade? hahaha

so last day dah selamat sampai dekat melaka, so nanti dah habis semua urusan dekat melaka i akan balik johor, :) baru cuti da rindu-rindu, hahaha so sebelum cuti ade beli someting utk cik syg, pengubat rindu sebulan tak jumpa, hehehe

tadaaaa heee hadiah hari rindu, hari-hari rindu sebenarnye :)

so apa-apa pun selamat bercuti untuk semua yang baru cuti.

*sikit-sikit je update, ramai tangan yang nak tolong menaip ni :) LOVE YOU ALL.

13/11/2011

mimpi abah :(

Assalamualaikum hye lama tak update, ouhhh final paper hampir tamat, tapi ada yang dah bersenang lenang dekat rumah dah bercuti, sabar sumaiyah! sikit lagi, hehe okey now sy nk cerita pasal mimpi last night, 

errrr buat pertama kalinya lepas abah pergi and sy dapat mimpinya, itulah yg sy nak kan tapi susah sangat nak dapat, and the last dapat jugak, so semalam mimpi yang paling indah sekali, i really miss you abah, 

dalam mimpi sy tanya abah kenapa abah pergi dulu abah dah tak sayang kiteorg ke, and abah senyum je and die cakap "pernah ke jumpa seorang ayah tak sayang anak-anaknya,Allah pinjamkan abah pada korg semua and sampai masa Allah ambik balik dan kita akan di satu kan diakhirat nanti"

and sy tanya lagi tapi kenapa abah pergi dekat sini, "kakak cuba ingat balik kalau abah tak jadi singgah kuantan dapat tak akak jumpa abah, and abah tau kakak lemah, kakak tak kan mampu terima hakikat kalau abah tak ada dengan kakak masa hari terakhir, muaz dengan adik dah merasa tidur sebilik dengan abah, makan dengan abah, so abah pergi dengan anak-anak abah kan? tu tanda sayang ke tak sayang?"


huhhhh and kalau ingat balik masa abah sampai kuantan abah ade sesat sampai JLN BERSERAH, selama abah datang jenguk tak pernah sesat, and malam tu jugak i ada tanya macam mana boleh sesat sampai berserah? and he said "abah nak jalan-jalan je sebenarnya, lepas ni tak datang dah" and i ignore benda tu sebab ingat kan lepas ni abah susah cuti rupanya abah dah bagi tau dekat situ cuma tak dapat tanggkap apa maksudnye.

and the last dari abah,abah cakap "abah mungkin didik korg semua tak sempurna tapi mungkin lepas semua ni berlaku korang akan pandai berdikari, paling penting jaga aurat,sekali aurat anak-anak abah terdedah selanggakah abah di panggil ke neraka" and masa tu i dah menagish-ngish and cuba pergi dekat abah, abah senyum dan geleng kepala terus pergi. :(

ya Allah please nak mimpi lagi esok, rindu sangat-sangat -,-
Al-Fatihah

rindu pada abah tak akan pernah terubat :( walaupun cuba untuk tabah......

08/11/2011

buat kek sendiri lebih better tak ragu-ragu halal ke tak :)

assalamualaikum, fuhhh banyak bosan seyhhh ape lah hostel sunyi bagai hutan tahu tak, orang semua balik kampung bercuti kite je berhempas pulas masih dalam suasana final, tak apa sikit je lagi, nanti cuti jugak kan? okey bila dah bosan mula lah operasi yang berfaedah, operasi ape? makan lah ape lg, hehehe makan makan makan mane tak besar dengan jayanya :)


so this is my 2nd time buat kek buah ni, first time punya mak aihhhh pait jangan cakap, hehehe so ni lebih better lah dari yang sebelum ni,


haaa ni lah kek hasil tangan sy, i kukus je, apa-apa kek yang sy buat kebanyakannya kukus sebab ape? sebab kek akan jadi lebih basah sikit dari kite bakar, tapi satu pulak masalah yang datang bila kukus ni tak tahan lama sangat,

jom kite share bahang-bahangnye. heheh

  • 600 gram tepung gandum (untuk pengetahuan tepung selain tepung cap sauh akan merosakkan adunan)
  • 2 setengah butter (and please jangan guna butter golden chun TAK HALAL okey)
  • 300 gram gula halus(kalau taknak terlampau manis kurangkan)
  • 5 biji telur, kalau kecik 8 biji
  • 500 gram buah-buahan campuran
  • 2 sudu teh bicarbonate
  • 1 sudu besar esen vanilla perwarna coklat
  • 2 cawan gula (untuk gula hangus)

dan cara-caranya,
  • panaskan air didalam kukus terlebih dahulu
  • ambik sedikit dari tepung gandum tadi taburkan rata pada buah-buahan tadi cara ni untuk mengelak buah tu berkumpul di dasar kek ke.
  • ayak tepung,bicarbonate dan ketepikan di bekas yang kering
  • pukul telur satu persatu dan jangan pukul sampai terlalu kembang, cukup sekadar telur tu sebati kemudian masukkan butter dan pukul.
  • kemudian masukan esen vanila,gula halus dan tepung yang di ayak tadi, gaul sekadarnye sahaja dan gaul satu arah.
  • Menggunakan periuk, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu  dengan cepat sehingga adunan sebati.
  • Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
  • Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.
senangkan? hurmmmm walaupun rumit sikit berbanding kek coklat tapi hasilnye memuaskan :)

01/11/2011

ke kubur pun ada adab-adabnya :)

Hye assalamualaikum, sihat? Okey terus kepada tajuk asal lah eh? bukan nak tazkirah tapi mungkin entry ni sedikit sebanyak dapat member info kepada sesiapa yang tak tahu.


Okey kadang-kadang ramai yang ragu-ragu terutamanya wanita, kadang-kadang kite tertanya boleh ke waktu haid pergi kubur? Jawapannya boleh, ini kerana dalam keadaan menziarahi kubur seseorang itu tidak disyariatkan suci dari hadas kecil mahu pun besar dan hukum seorang wanita itu pergi ke kubur adalah harus dimana ia tidak melanggar batas-batas syariat islam.



Antara hari yang disunatkam untuk pergi ke kubur pula ialah pada hari jumaat, ini kerana pada hari jumaat roh-roh orang yang meninggal itu pergi ke kubur masing-masing dari waktu asar pada hari khamis sehinggalah ke waktu pagi hari sabtu.



Dah pergi ke kubur ada juga adab-adab yang kita kena patuhi supaya menghormati si mati itu

 -Memberikan salam kepada mereka sama ada dalam keadaan berdiri atau pun duduk dan mata memandang kearah bahagian kepala si mati.
      -Membaca al-fatihah dan seterusnya mendoakannya. 
     -Sentiasa menjaga aurat bagi perempuan mahu pun lelaki.
       -Tidak menceritakan keaiban si mati di pusaranya.

Dan antara perkara yang makruh ialah

        - Duduk diatas pusaranya ini kerana bagi menghormati si mati itu 
- Melangkah kubur dan akan menjadi haram sekiranya tapak kasut orang yang menziarahi itu terdapat najis.
 -Makan dan minum juga di anggap makruh kerana tidak menghormati keadaan sekeliling.

Okey lah tu je info yang dapat di kongsikan, walaupun jarang dapat ke pusara abah tapi sy tetap doa untuknya sesungguhnya anak-anak yang tidak mendoakan ibu bapa nye setelah selesai solat maka ia tergolong dikalangan anak yang derhaka, nauzubillah.




31/10/2011

tips untuk siapa berani :)


Assalamualaikum, heyy sihat? huh satu pengorbanan telah selesai empat lagi menanti. Pengorbanan apa? pengorbanan belajarlah,dah belajar mesti ada peperiksaan kan? haaa tadi telah selesai satu subject,usaha dah doa dah sekarang tawakal, demi ibu bapa tercinta,insyaAllah mudah-mudahan cemerlang. Amin.

okey macam biasa masuk dewan je akan dengar `baik calon-calon anda di minta meletakkan kad matrik dan slip peperiksaan di sebelah kanan meja, dan hanya alat tulis sahaja yang dibenarkan ada atas meja` cehhhhh dah hafal tau. Hehehe berapa lama dah periksa, dekan je belum pernah. Sobsob ;'( 

dan ayat yang paling tak best `calon yang di dapati meniru atau cuba memberi meniru akan dirotan` ehhh macam tu ke ek, what ever lah sebab masa die cakap semua benda tu 96% pelajar sebuk menulis nama dekat kertas, mau tak penat nama je nak kena ulang banyak kali dekat kertas soalan, kertas jawapan and kalau ade kertas jawapan lain tambah lagi. 

Okey habis!sape dekat sini penah meniru? Huhhh tak pernah? koya mung ore ganu oyak :) heeee banyangkan dalam satu keadaan terdesak kalau kantoi masak repeat lagi satu hal so nak tak nak toleh jugak belakang cakap macam pencurik dekat orang belakang. HAHA

oleh itu setelah dikaji selidik kite ade beberapa tips untuk meniru :
  • Buat nota yang tulisan die kecik sangat samapi pengawas peperiksaan tu ingat ade semut lalu atas kertas tu.
  • Lepas tu bila dah bawak toyol tu buat muka relax je lah kalau dah buat muka gelabah memang kantoi.
  • Guna kan skill jari yang berkesan agar lipatan nota yang korang bawak tu Berjaya di bukak. :)
  • Sambil selak soalan baca sekali nota baca sikit-sikit je jangan lama-lama.
  • Habis dah semua info dah dapat gumpalkan kertas kecik-kecik cari jalan untuk masukkan dalam baju. HAHA
  • Dah siap. Apa lagi angkat tangan bla la, duduk lama-lama lagi bahaya. Hehehe
Tips ni di sediakan khas untuk ujian je, sila jangan gunakan masa final. Bahaya.
Akhir kata lecture kite pernah cakap

"Sape dop niru lam pekse memang bodo la"
"tapi sape hok niru berigak lagi bodo"

Selamat mencuba,semoga berjaya :)

28/10/2011

apam tak de polkadot

assalamualaikum, huhhh lamanya tak dapat ilham nak berbelog, lagi pun final destination 6 dah dekat, so no more facabook2 no more blog2 heeee.

so far alhamdulillah semakin hari semakin kuat walaupun kerinduan masih ade, dan mungkin tk akan pernah hilang. Setiap yang hidup satu hari nanti pasti akan pergi jugak. Kalau semua yang dah tertulis tu kite dah tau so dah lama i dah get ready untuk tabah, tapi tu semua ketentuan Allah and now setiap kali lepas solat i tetap akan doa untuk abah and dalam masa yang sama doa supaya Allah panjangkan umur my lovely mum, dia lah memberi kasih syg sebagai seorang ibu dan die juga lah merangkap kasih sayang and tanggungjawap yang abah pernah pikul dulu.



Okey lah hari ni i tiba-tiba rasa macam nak buat apam yang kononnye polkadot lah kan tapi disebabkan comot so i pun buat plain je. Cara dia sama je cuma corak je berlainan.



Kite tak pandai la nak buat sampai jadi comel-comel tu. Sebab kite baru je first time buat, nanti dah pandai kite buat lagi. heeee bahan-bahan dia sangat lah simple :) so boleh lah try :)

 tepung superfine-susu-telur
 ovalette-esen vanila

bahan-bahan

200g gula halus
2 biji telur
200g tepung superfine
1 sudu besar ovarlette
200ml susu full cream
1 sudu teh esen vanila
pewarna (mengikut citarasa)

Cara-cara

pukul telur dan gula sehingga kembang
kemudian masukkan semua bahan sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.

masukkan apam kedalam acuan (boleh letak perasa dalam dia)

kukus apam 10-15 minit
(untuk apam nampak cantik lap tudung pengukus setiap 5 minit)


senang bukan? heeee selamat mencuba ;)

14/10/2011

berkat doa orang ramai

assalamualaikum

hey sihat? alhamdulillah semakin hari saya rasa semakin tabah dan boleh terima hakikat walaupun masih berada di kuantan tempat yang di kelilingi dengan seribu satu kenangan.

mungkin saya masih muda dan masih mengharapkan kasih sayang seorang ayah, tapi semua itu hanya di pinjamkan di dunia, di akhirat akan di kumpulkan balik semua. InsyaAllah. 

so hari ni jugaklah baru mula nak selera makan sikit,selama saya merasa kehilangan ni buat apa-apa pun semua serba tak kena, and baru-baru ni timbang turun 1kg,ouhhh alahai tepunya lemak badan ni, sekilo je turun,dah selera ni kang entah berapa kilo la naik agaknya.

insyaAllah blog ni masih seperti biasa tak nak cerita sedih sangat nanti down balik. Final dah dekat sy akan buat final sebaik mungkin demi kedua ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anaknya.

Wish me luck all. I love you so much.
See you next entry yg entah bila akan di update. ;)

08/10/2011

i miss you abah :(

KUANTAN?? tak terdaya rasanya hati nak jejakkan kaki dekat sini, masih belum kuat hati ni nak mengharungi tempat yang penuh dengan kenangan, setiap perjalanan mengingatkan setiap detik yang berlaku, rasa menyesal tetap tak pernah hilang sebab tak bawak abah ke hospital masa malam abah tak lena tidur,


"abah akak balik kuantan pun sebab abah,sebab akak nak final dah abah nak akak berjayakan? akak tak nak pegi jauh dari abah tapi akak terpaksa, nanti akak balik akak datang jumpa abah okey akak tau abah tetap ada dengan akak, cuma akak tak nampak abah, akak selalu doa nak nampak abah biar pun 1 hari sekali, :( "

mungkin terlalu awal untuk terima takdir yang telah tertulis ini, tapi apakan daya Allah dah tulis setiap perjalanan yang berlaku,and setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Sebab aku orang yang terakhir bersama abah malam tu and pagi abah sakit tu, sebab tu aku orang paling down bila teringat situasi dalam kereta :(


ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang akan datang...

"abah tunggu akak di syurga eh" insyaAllah....air mata pun dah semakin menjadi-jadi okey perlu stop sekarang, Al-Fatihah...... -,-'

05/10/2011

perginya seorang insan yang tersayang.

assalalamualaikum,

2 october akan menjadi tarikh yang paling indah buat kami sekeluarga kerana dilahirkan seorang insan yang bernama samsiah bt ahmad untuk berada di bumi ini dan memegang amanah 3 orang cahaya mata, dan 2 october jugalah perginya seorang insan yang amat sy sayangi iaitu MOKHTAR BIN MAHAD,

tak terdaya rasanya untuk menaip setiap jalan cerita tapi akan ku semadikan semua ini sebagai dairi selama-lamanya, abah pergi pada jam 1.15 tengahari di hospital tengku ampuan afzan kuantan. Semua yang berlaku bagaikan mimpi,

pada mulanya mereka ke kelantan untuk hantar adik ke uitm macang di kelantan,dah selesai urusan mendaftar abah mula kan perjalan dalam pukul 8 pagi pada hari rabu dengan niat nak sampai awal di johor, tapi takdir telah tertulis untuk tayar pancit di setiu bila dah pancit lambat lah untuk cari workshop sampai lah ke kuala terengganu hanya menggunakan tayar spare,

sampai di kuala terengganu untuk selesaikan semua tayar kereta yang bermasalah masa berjalan dengan bergitu pantas,dah abah membuat keputusan untuk tidur di kuantan atas sebab dah terlalu letih untuk teruskan ke johor, tiba abah di kuantan kami terus ke penginapan,masa malam tu abah lah orang paling gembira dan orang yang paling banyak bercerita walaupun keadaan dah nampak lemah, malam tu abah dah mula rasa sakit dada, tak sangka keadaan menjadi teruk bila dah pukul 5,


kami terus ke HTAA dan dalam perjalanan untuk ke hospital abah pengsan, masa tu hanya Allah yang faham keadaan kami bertiga, sampai di emegncy doctr sahkan paru-paru abah dah mula penuh dengan air,doa memang tak pernah putus dari mulut kami, macam-macam perasaan yang kami rasakan, tp alhamdulilah masa tu Allah masih memberi nafas kepada abah,

masuk hari kedua abah di hospital doct sahkan abah terkena serangan jantung dan salah satu saluran jantung abah tersumbat dan terpaksa membuat pemedahan bagi memasukkan ballon dan memberi ruang untuk saluran darah, 4 jam berlalu doct keluar dan memberitahu pemedahan berjaya masa tu Allah yang kami cari sbb hanya Allah yang pegang segala-galanya,

sabtu pagi keadaan abah masih sama cuma ada perubahan sedikit demi sedikit dan petangnya abah sedar juga akhirnya, masa masuk jumpa abah pandang je semua abah cuba nak bercakap tapi tak ade sape dengar, and masa tu kami punya gembira memang tak terkata, kalau di benarkan masuk lama-lama nak aja kiteorang tidur dengan abah malam tu.

tapi kegembiraan kami berakhir pada hari ahad apabila kami masuk pada waktu melawat pukul 1 abah dah lemah, doct dah suruh ajar mengucap mak dalam keadaan hampir separuh pengsan cuba untuk mengajar abah mengucap dan akhirnya pada jam 1.15 petang abah pergi dengan tenang, bersama isteri dan anak-anak tersayang,

rebah kebumi kami semua bila dapat tau abah dah tak ade,tp semua orang cakap abah pergi dengan keadaan tenang, senyum je.. jenazah di bawa pulang dari kuantan ke kluang masa sampai di kluang yaAllah orang yang datang penuh sangat-sangat, sayu sangat tengok, alhamdulillah abang sendiri yang dapat urusakan segala-galanya,


kami semua cuba tabah menerima kenyataan ini, bergitu indah susunan Allah S.W.T dari awal hingga akhir,

"abah akak dah janji dengan abah akak akan jadi anak yang baik untuk abah, and akak tak akan biarkan abah tanpa apa-apa di sana, setiap amalan akak hanya untuk abah"

al-Fatihah untuk arwah Mokhtar Bin Mahad,

26/09/2011

setiap pertemuan ada perpisahan

assalamualaikum, hai sihat? sejak-sejak susah online ni susah lah nak mengupdate. heeee ok malas nak cerita panjang,mood pun suam-suam kuku je kan, kang membebel panjang-panjang terus mengarut.


betul kata pepatah setiap pertemuan pasti ada perpisahan,  tak kesah lah lama ke kejap ke ending pertemuan mesti dengan perpisahan, sedih sangat i dah bersama dengan si dia dekat bertahun lamanya, tiba masa dia buat perangai,



sebelum ni pernah jugak berlaku benda yang sama,tapi i ignore, i malas nak fikir-fikir sangat then i cari lain,sekarang ni benda yang sama berulang kembali apa yang i nak buat semua tak boleh semua tergangu,pelajaran i assigment i jangan cakap semuanya tertangguh gara-gara dia,



ramai kawan-kawan i cakap dia memang tak elok tapi i tak percaya, bila dah kena pada diri sendiri baru rasa menyesal, sekarang i dalam dilema samaada masih nak teruskan bersama atau cari yang lain, ingat senang ke nak cari yang lain :(


huhhhhh sekarang i hanya mampu berdoa agar laptop i kembali pulih, tak kan sampai bila-bila nak mengharapkan belah kasihan orang bila nak online kan, hadoi laptop-laptop :(

19/09/2011

duit bukan segalanya,tapi segalanya memerlukan duit ;D

hohhhh fuh fuh fuh hahahaala benda yang sama alasan tak ade masa bla bla bla.....ouhhh ke sana ke sini dengan cik syg ade masa, hahaha ehhh ape punya mukadimah ni, awal-awal nak membebel, heee ambik mood bebel kejap :)


assalamualaikum, heee sihat?okey nampak tajuk? sapa boros? ehhh bukan boroi tau, baca betul-betul so sape rasa boros boleh teruskkan and siapa rasa boroi boleh tutup, heee


okey now tak nak cerita sape boros banyak sape boros sikit so kite samekan semua je ehh heee kite ade tips ni,mahu?heee bagi yang kaki shopping yang rasa dah tak sanggup dengan perangai borosnye so cepat-cepat lah tamat kan riwayat boros, lama-lama akan makan diri sediri percaya lah,


so antara punca-punca anda menjadi boros antaranya ialah ;
-cash money terlalu banyak pada kite, cuba hadkan pengeluaran dekat atm, contohnya setiap kali keluar kita bawak 100 and bila dah beli keperluan yang dimahukan cuba elakkan diri untuk ke atm lagi :)


-bahagikan pembelanjaan anda contohnya had kan pembelian barang hanya beberapa ringgit setiap bulan. beli mengikut keperluan bukan kehendak.


-selain tu korang boleh menabung melalui ASB pada peringkat awal mungkit tak ada sesiapa yang merasai keberkesanannye tapi akhirnye kite sendiri yang akan menerima pulangan yang lumayan :)trust me.

- elakkan berkawan dengan si kaki shopping,percayalah fakta menyatakkan seseorang yang melihat orang lain membeli belah dengan tak sengajanya nafsu shopping nye jugak akan terbuka.

-and the last banyakkan sedekah, duit yang di sedekahkan itu nilainya tidak akan terputus, malah di gandakan nilainya :)







*okeyyy dah-dah nk kerek dengan ayat sendiri padahal i pun lebih kurang same boroi boros jugak.HAHAHA tp disebabkan dah mula buat tips bajet diri, alhamdulillah so far duit boleh simpan untuk kegunaan akan datang. hehehe

12/09/2011

Genting Highland ;D

assalamualaikum, ouhhhh no hehe 3,4,5,6,7,8,9,10,11 huhhhh berapa lama dah tak update, kire sendiri hehehe before ni brodband still berproblem, so tak dapat lah nak mengupdate, :(

so last day i dengan classmet i yang empat orang ni decide nak pegi genting highland, sebenarnye dah lama plan takdir yang dah menentukan hari tu dapat pegi, :) so entry kali ni layan gambar je lah okey. nak cepat ni, nak masak kang anak balik sekolah mak tengah update blog pulak hehehe okeyh tipu :)

so sebelum nak masuk meh ukur sikit meh, ehhhh punyalah tinggi i ni tk kan tk lepas masukkan, tak muat masuk sebab gemok mungkin. hehehe
so ni permainan first yang kiteorang terjah bukan i je kot, semua yang masuk pintu atas akan jumpa ni dulu, so terjah je lah hehehe

thanks to nurmusfirah ahmad :)


and choclacte factory :) ouhhhh no sangat-sangat colorful seyhhhh :) tengelam kami :)

berlatar belakangkan first world :)

eeeeeeeee dengan patung tk comey pun nak bergambar? harussssssss hehe :)


naik bot :) ehhh jakun kejap, dah lama tak naik bot hehe
dinosaur park :)


so dua gambar dekat atas tu dah macam kewajipan setiap mereka yang ke Genting Highland :) hehehe betul tak? sape cakap tak menipu :)


nampak kite tak? heeee kite bukan yang dekat atas ye, kite yang dekat bawah :)




okey setelah dah puas bermain kabus dah mula tebal, tangan dah mula kebas semua serbe tak kena so we all masuk dalam and jalan-jalan dekat indor pulak :)



muka dah mula nampak tak ade selera nak berjalan, hehehe kalau bawah berjuta-juta ni mau habis i keja kan :) gile banyak barang dalam indor ni :)
tibe-tibe terjumpa pulak mamat ni, heeeeee muka sgt menakutkan. :)
















and the last one :)
okeyyyyy thas all. see you next entry :) love you ;D

03/09/2011

raya dah terlambat.

hye asslamualaikum hyeee lamenye blog bercuti macam cuti raya je ka? heee sebab tu entry tajuk raya dah terlambat sebenarnye bukan i raya yang dah lambat tapi entry i yang lambat, ye lah girl raya-raya kena lah duduk dapur :)

so untuk tahun ni kami semua turn raya my mum side, di kluang je so tak lah meriah sangat tapi okey lah :) 
pagi raya sebelum ke rumah nenek we all ke pusara arwah atok dulu,and lepas tu terus ke rumah nenek :)


 sebelum balik ke melaka bergambar dulu, :)
 and first raya bersambung dekat melaka,


dekat melaka tak payah cerita sangat boleh? sebab raya dekat sana memang best. :D tapi yang tak bestnye cuti kejap,

and lastday birthday my sister,so we all celebrate lah sikit-sikit aunty-aunty i pun semua nak datang raya, so sekali jalan lah kan, sambil beraya sambil menyambut ;)
 blackflorest cake sponser by pakngah

 this i my mum side, :)
 and menu nye soto,mee sup and bihun sup.

tahun ni rumah i menu utama soto, heee hari-hari soto, my mum cakap senang sebab sediakan bahan banyak-banyak and lepas tu tinggal hidang-hidangkan je, sampai tak sempat masak kuah lagi, heee sebab bukan setakat orang datang je, i pun same kejap-kejap makan,orang datang kang makan jugak. hahaha 
cucu last for my mum side :)
see you next entry :) love you.