18/05/2011

TERLALU untuk wanita :)

hye assalamualaikum, hurmmmm i dah tk de mase sgt nk blog walking skrg, busy lah nk exam rindunye nk balas2 comment, tp cuba jugak bukak, semalam i ade bace 1 artikal yg sgt2 best tentang perempuan, so lelaki cepat2 padam, ni nk kongsi untuk perempuan je, heeee ianye berkenaan kerosakan yg akn berlaku sekiranye TERLALU...terlalu ape? haaa jom tengok :)

Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina yang akan mudah diserangi penyakit.

Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya. *okeyyyy sekarang hujung minggu duduk rumah je tau :)

Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya,selain itu, mata juga tidak dapat rehat yang secukupnya

Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodohnya. Mudah murung & selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. HAHAHA takot sekejap je, esok lusa bangun lambat lg.

Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlalu banyak

Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot. Badan akan menjadi lemah. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.

Haihhhhh berapa banyak terlalu la kan? hehehe lg satu, kalau terlalu banyak berbelog alamatnye kerja tak siap, hehehe okeyyy lah LOVE YOU ALLL :)

11 comments:

FasiHaH SupiaN said...

hahaha banyaknya! apapun, semua benda ada pro and cons kan.....

bunga said...

terlalu banayk ckp??hehee

PinKy MoMMa said...

terlalu banyak daaaaa..

psst terlalu byk berblog mmg x jadi kije huhu..sokong itu!
sbb tu time mgmt penting hehe ;)

nurwadihan nabilah said...

bole caya kaa???

sumaiyah mokhtar said...

FasiHaH SupiaN : betul tu :)

sumaiyah mokhtar said...

bunga : kehkehkeh knpe you banyak cakap ke? :)

sumaiyah mokhtar said...

PinKy MoMMa : hehehe haaa tau pn dah2 g masak :)

sumaiyah mokhtar said...

nurwadihan nabilah : ni adalah kajian dear, kadang2 betul kdg2 tak :)

mlyn said...

wah...!! bnyak nyer yang merosakkan aset wanita... huhuahauaaa.. so aper yang boleh kite buat nie..?

sumaiyah mokhtar said...

mlyn : hehehe kite disarankan duduk rumah goyang kaki tnggu suami balik hehehe :)

KHALIJAH IBRAHIM said...

Kesederhanaan seperti yang disarankan adalah sebaiknya... terima kasih follow saya